Laman Utama
“Never Hina Food, Kerana Itu Rezeki! Namakan Makanan Dengan Kematian Orang Lain Tak Kelakar! -Cef Selar Maria Tunku Sabri!
Tindakan personaliti TV, Maria Tunku Sabri menamakan sayur campur yang dimasaknya sebagai ‘Suami Tembak Isteri Sumbat Dalam Tong’, menarik perhatian seorang cef.
Cef yang dikenali sebagai Dee Dee, menyelar tindakan Maria dan menganggap personaliti TV itu tidak sepatutnya menghina makanan.
Tambah Cef Dee Dee lagi, Maria juga tidak sepatutnya mengambil kesempatan atas kesulitan orang lain, apatah lagi ia melibatkan pembunuhan.
“Kepada semua tukang masak di dunia. Jangan sesekali namakan resipi anda dengan tajuk yang melibatkan orang mati dibunuh. Itu tindakan biadab, tidak beretika, tidak boleh diterima dan tidak bermoral.
“Jangan hina makanan kerana ia adalah rezeki dan bukan untuk dipermainkan. Kalau nak educate orang lain dengan masakan jangan cari publisiti murahan,” ujarnya.
Bagaimanapun Maria dilihat telah menukar nama menu tersebut kepada‘sayur campur special sedih kes suami tembak isteri masuk dalam tong’.
Maria juga didakwa telah memadam semua komen-komen negatif yang dilemparkan terhadapnya.
Terdahulu satu kes jenayah kejam menggegarkan negara apabila seorang suami bertindak menembak isterinya yang sedang tidur menggunakan senapang angin.
Lebih tragis apabila suami wanita malang itu menyumbat mayat isterinya ke dalam sebuah tong. Kejadian berlaku di Kota Tinggi, Johor.