Laman Utama

Next Level Performing Arts! Video Keselamatan Malaysia Airlines Dapat Macam-Macam Komen Netizen

Shahrin Zulkifle
23/06/2022
08:30 MYT
Sponsor Banner
Next Level Performing Arts! Video Keselamatan Malaysia Airlines Dapat Macam-Macam Komen Netizen
Malaysia Airlines bakal membawa penumpang ke pengalaman yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan ‘Satu, Dua, Tiga, Jom!’ atau ‘One Two Three, Let’s Go!’.
Secara ringkasnya program ini merupakan video demostrasi keselamatan dengan mesej untuk menyampaikan lapan langkah yang mudah diikuti mengenai langkah keselamatan didalam pesawat bertemakan muzikal yang disampaikan oleh tokoh hebat dan bintang terkemuka tanah air.
Video berdurasi hampir 7 minit ini diarahkan oleh Puan Seri Tiara Jacquelina dan dibantu oleh Datuk Yusry Abdul Halim dengan melibatkan hampir 150 kru dan pelakon secara keseluruhannya.
Satu Dua Tiga Jom merupakan video kolaborasi bersama Enfiniti (M) Sdn Bhd itu menampilkan nama-nama besar tanah air yang pastinya tidak perlu disangkal lagi seperti pelakon Datin Lisa Surihani, gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi, Miss Universe Malaysia Francisca Luhong, Ahli Astrofizik Malaysia, Profesor Emerita Datuk Seri Mazlan Othman, Pengasas Mercy Malaysia, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dan ramai lagi termasuk sekumpulan pramugara serta pramugari syarikat penerbangan hebat itu.
Menurut Ketua Pegawai Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Kumpulan MAS, Lau Yin May, pihak MAS sangat menitik beratkan keselamatan penumpang dan berbangga untuk mempromosikan budaya Malaysia keserata dunia.
“Keselamatan adalah amat penting bagi Malaysia Airlines kerana itu ada dalam DNA kami, justeru kami berbesar hati untuk memperkenalkan 'Satu Dua Tiga, Jom!' sebagai video keselamatan yang lengkap dengan maklumat dan sangat menarik untuk ditonton kerana merangkumi budaya Malaysia yang pelbagai, seni persembahan yang menarik dan sudah tentu Hospitaliti Malaysia sebagai signature kami.
“Ini semua adalah sebahagian daripada usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dalam penerbangan bagi penumpang untuk menjadikan perjalanan mereka dengan Malaysia Airlines lebih diingati.
“Sebagai syarikat penerbangan nasional, kami sentiasa berusaha untuk menyokong wira dan jenama negara kami melalui perkongsian meluas kami dalam bidang sukan, inisiatif CSR, seni persembahan, perniagaan tempatan dan banyak lagi,” ujarnya.
Menurut bintang filem Puteri Gunung Ledang, Puan Seri Tiara memaklumkan dirinya terlalu teruja untuk mengendalikan projek kali ini sehingga menyebabkan waktu tidurnya terganggu akibat terlalu obses.
“Saya menerima panggilan daripada Malaysia Airlines pada Oktober tahun lalu ketika kemuncak wabak corona virus, ketika industri hiburan berada pada tahap yang paling rendah dan kita sebagai sebuah negara sangat down dan tidak bersemangat.
“Selepas panggilan telefon itu saya terus terbayangkan jalan ceritanya dan yang ada dalam fikiran saya sangat jelas serta mengujakan sehingga saya tidak dapat tidur selama beberapa hari, hanya terlalu terobsesi untuk menyusun jalan ceritanya.
“Saya membayangkan projek ini akan menaikkan semangat dan memberi harapan kepada industri seni persembahan dan hiburan yang terjejas teruk oleh wabak itu, serta menaikkan semangat semua rakyat Malaysia.
“Saya sangat bersyukur kerana Malaysia Airlines telah memberikan Enfiniti dan saya peluang ini untuk menyatukan dunia penerbangan Malaysia dan dunia seni persembahan dan hiburan dan tidak sabar untuk semua orang menonton ini dan teruja untuk mengembara dan menerima kehidupan semula. #SatuDuaTigaJom!” kata Tiara.
Sementera itu, menjengah ke ruangan balas Youtube rasmi Enfiniti (M) Sdn Bhd, rata-rata pengguna aplikasi itu memuji kualiti dan hasil klip video berkenaan.
“Serious best gilerrr, baru la syok nak tengok safety video ni dalam flight nanti, good job MAS!!!
“Attention grab safety video. Look like a whole load of fun doint it. Well done guys!
“Love it! I’ll be sure to memorize this song before my next flight… Goosebumps eh!
“This is cool..!! Great Job guys! Malaysian Hospitaliti” antara komen wargamaya.
Mulai Ogos 2022, penumpang yang melakukan perjalanan bersama Malaysia Airlines akan berpeluang untuk melihat versi padat video keselamatan yang diperbaharui di atas kapal, manakala versi penuh menerusi Youtube rasmi enfiniti.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar