Gaya Hidup
"Ni Bukan Kurta, Ni Baju Rancangan Bolos Saja Dinding Itu" - Fesyen Raya Terbaru Ini Dikecam Netizen
Tidak lama lagi, seluruh umat Islam akan menyambut Ramadan.
Maka ramailah pereka fesyen dan usahawan melancarkan rekaan baju raya serta kurta sebagai persediaan orang ramai untuk menyambut Aidilfitri.
Namun, bukan semua rekaan ini akan disukai dan antara yang telah menjadi mangsa kecaman netizen adalah rekaan Anuar Faizal Official.
Kurta terbabit tular di media sosial, sehingga ada pihak yang mendakwa ia kelihatan seperti baju program Bolos.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kalau anda lupa, rancangan Bolos ini merupakan sebuah game show yang pernah disiarkan di Astro Ria dan dihoskan oleh Zizan Razak.
Bolos saja dinding itu!
Selain baju 'Bolos', ramai juga yang menggelar kurta Anuar Faizal ini sebagai baju renang dan 'inner dress'.
Ini antara komen mereka:
Apapun, Anuar Faizal menerusi komen di instagram miliknya menjelaskan kurta berkenaan adalah kurta kasual dan bukan khas untuk Melayu.
Katanya lagi, fesyen juga harus dilihat sebagai satu perkara yang universal.