Hiburan

"Ni Semua Tipu!" - Aaron Aziz Nafi Terlibat Dengan Perniagaan Bitcoin

Kamaruddin Razal
25/10/2018
13:12 MYT
Sponsor Banner
"Ni Semua Tipu!" - Aaron Aziz Nafi Terlibat Dengan Perniagaan Bitcoin
Pelakon drama bersiri Tuan Anas Mikael, Datuk Aaron Aziz, 42, menafikan dirinya terlibat dengan mana-mana perniagaan melibatkan mata wang digital Bitcoin.
Aaron atau nama sebenarnya, Aaron Mustapha Aziz berkata, dia menerima banyak mesej dan e-mel berkenaan dengan perkara itu.
Pelakon yang berasal dari Singapura ini mendedahkan perkara ini menerusi salah sebuah entri terbaru di laman Instagram miliknya.
"Assalamualaikum semua! I've got a lot of texts and emails recently on postings about bitcoins and how much I made money etc.
"PLS DONT fall for it. It's a scam! I know nothing and am NOT involved in all these!
"Ni semua tipu k! Hati Hati jgn mudah percaya apa yg anda semua baca di internet. Thank you," tulis Aaron.
Rata-rata peminat menyokong tindakan Aaron yang bersuara serta tidak mendiamkan diri bagi mengelakkan peminat lain menjadi mangsa penipuan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar