Laman Utama
Nia Ramadhani Mengaku Suami Guna Duit Untuk ‘Membelinya’, Namun…
Pelakon dan selebriti sensasi Indonesia, Nia Ramadhani membuat pengakuan yang selama ini tidak pernah dikongsikan kepada umum.
Nia bercerita tentang awal perkenalan dengan suaminya, anak usahwan kaya, Ardi Bakrie. Dedah Nia, Ardi pernah mempunyai sikap seperti memikirkan duit boleh membeli cinta dan jalan penyelesaian kepada semua masalah.
Wanita itu lalu menceritakan bagaimana dia berasa harga dirinya dipandang rendah oleh Ardi saat lelaki itu memberinya sejumlah wang semasa mereka bertengkar di Bali.
Kata Nia, Ardi memberi duit tersebut agar membuat dirinya bertenang.
“Waktu itu kami masih bercinta dan berada di Bali. Ardi dulu fikir semua benda boleh dibeli dengan duit. Jadi dia beri saya duit supaya saya diam,” dedah Nia Ramadhani seperti dilihat Insertlive dari podcast Friends of Merry Riana oleh Merry Riana baru baru ini.
Dia bagaimanapun tidak terima diperlakukan begitu oleh Ardi. Kesal harga dirinya dilukai, Nia melempar duit pemberian Ardi tepat di wajah pria yang kini jadi suaminya tersebut.
“Saya terkejut dengan perbuatannya. Saya juga punya duit sendiri. Akhirnya saya ambil duit itu dan melempar ke mukanya,” jelas Nia.
Tambahnya, dari kejadian itu Ardi yang sudah 12 tahun menjadi suaminya kini sedar bahawa dia bukan jenis wanita yang boleh dibeli dengan wang.
“Dari kejadian itu saya fikir dia baru tersedar mengenai perbuatannya. Mungkin selama ini perempuan-perempuan yang dikenalinya boleh diperlakukan begitu.
“Tapi tidak dengan saya ya, saya punya harga diri,” lanjutnya lagi.
Bintang yang pernah ditahan kerana dadah bersama suaminya itu kemudian melahirkan rasa syukur kerana sikap Ardi sudah banyak berubah.
Ardi, 43, adalah anak bongsu mantan menteri dan konglomerat Aburizal Bakrie. Dia kini merupakan Pengarah Bakrie Global Ventura dan pernah menjawat jawatan Pengarah Utama dari jaringan televisyen tvOne.