“Niat Hanya Dua, Keselamatan Nyawa Ibu & Anak, Nothing More” - Dr Say Respon Isu Ustazah Label Suami Dayus Bagi Doktor Lelaki Sambut Baby
Doktor dan pengacara, Dr Say memberikan komen berkenaan isu bersalin dengan doktor lelaki yang dibangkitkan oleh seorang ustazah bernama Siti Afifah.
Menerusi entri terbaharu di akaun Instagram miliknya, Dr Say menyatakan ustazah itu tidak sepatutnya membuat kenyataan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira situasi yang berlaku ke atas pesakit.
“Saya faham apa yang ustazah itu cuba sampaikan tapi tak semua orang ada kemampuan nak bawa isteri bersalin hospital swasta.
“Nak suruh para suami kumpul dalam tempoh 9 bulan isteri mengandung tu, dah kalau sebelum mengandung kais pagi makan pagi dah acano?
“Kos sara hidup sekarang pun tak murah ustazah ui. Kalau ada kemampuan dan peluang untuk pilih doktor wanita silakan tapi janganlah sewenang-wenangnya label semua suami yang tak mampu sediakan doktor wanita untuk isterinya bersalin ‘dayus’,” katanya.
Malah jelas Dr Say, sebagai seorang doktor fokus mereka hanyalah mahu memastikan keselamatan ibu dan anak ketika proses bersalin.
“Dari pihak para doktor pula, niat kami dua sahaja yakni memastikan keselamatan nyawa ibu dan juga keselamatan nyawa anak tersebut.
“Nothing more, nothing less. Kalau ustazah buat macam ni dan semua suami takut nak bawa isteri bersalin dengan doktor lelaki.
“Dan kami doktor lelaki tak tahu macam mana nak sambut anak akibat tiada latihan dan lepas tu keadaan darurat.
“Contoh dalam kapal terbang, jangan salahkan kami kalau kami cakap ‘maaf saya tak tahu macam mana nak sambut baby sebab tiada latihan, call ustazah Afifah boleh?’” jelasnya.
Berkongsi tentang isteri bersalin, Dr Say menyatakan bahawa kelahiran dua anaknya juga disambut oleh doktor lelaki.
“Dan betulkan saya jika salah sebab saya hanyalah suami dayus yang membenarkan doktor lelaki sambut dua anak saya.
“Bukanlah aurat wanita islam sesama wanita islam dari pusat hingga ke lutut? Jadi tidakkah sama “dosanya” kalau doktor wanita sambut baby tu?
“Ke ada discount dosa 50% yang tak ada siapa share link kat saya? What say u on this topic? Open discussion please,” tulisnya.
undefinedTerdahulu, ustazah Afifah lantang menyuarakan hal tentang kaum ibu yang ingin bersalin tidak patut mendedahkan aurat di hadapan doktor lelaki.