Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Niat Nak Guna Aplikasi JPJ, Wanita Terperanjat Gambar Lesen Bukan Diri Sendiri - “Semua Betul, Muka Je Bukan…”

Firdaus 12/03/2024 | 02:55 MYT

Seorang wanita meluahkan rasa terkejut selepas gambar yang digunakan untuk lesen memandu digitalnya di aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah bukan dirinya.

Dalam muat naik di Platform X, wanita itu berkata bahawa setiap butiran yang dinyatakan di atas lesen digital tersebut adalah tepat kecuali gambar yang disertakan.

BERITA TRENDING: Ramai Tanya Apakah Fungsi Slip Pembaharuan Lesen Memandu? Ini Fakta Mengenai LLM Yang…

“Saya buka aplikasi JPJ, tiba-tiba lesen saya ada gambar Cina pelosok mana tak tahu. Nama, kad pengenalan, alamat, semua betul, muka je bukan muka saya,” tulisnya.

Entri itu meraih perhatian rata-rata pengguna media sosial berkenaan, di mana ramai berkongsi menghadapi masalah yang sama seperti apa yang dikongsikan oleh wanita itu.
“Sama juga pernah kena, dah pergi JPJ, pegawai tu kata “Bukan awak seorang je yang kena,”
“Saya pun sama, tapi dekat lesen P. Kena pergi kemaskini dekat JPJ balik. JPJ tu kata Cina ni scammer,”
“Sebiji sama macam saya dulu. Tapi saya lesen fizikal, dah lah baru lepas KPP01, muka orang lain pula dia letak dekat lesen kita.”
Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan untuk melakukan laporan polis kerana bimbang akan jenayah pencurian identiti.
“Buat laporan polis. Kemungkinan berlaku kecurian identiti,”
“Kena buat laporan tu, cuba masing-masing semak juga. Mana tahu jadi macam ni,”
“Pergilah buat laporan polis. Nanti tak pasal kena tangkap. Kalau lesen ada, mesti ada kad pengenalan juga ni.”
Setakat artikel ini ditulis, perkongsian itu meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 7,000 hantaran semula di Platform X.
Sumber: Platform X

#Viral #Netizen #Aplikasi #JPJ #Scam #Lesen
;