Terkini

Niat Nak Salahkan Owner Homestay Sebab Checkout Lambat, Tapi Netizen Pula Pertahankan Pemilik- “Terpaling Mangsa Keadaan…”

Firdaus
12/02/2024
07:55 MYT
Sponsor Banner
Niat Nak Salahkan Owner Homestay Sebab Checkout Lambat, Tapi Netizen Pula Pertahankan Pemilik- “Terpaling Mangsa Keadaan…”
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial merakamkan situasi beberapa pelanggan homestay yang dihalau keluar oleh pemilik kerana dikatakan lambat untuk ‘checkout’.
Menerusi kapsyen yang tertera di video, pelanggan itu meluahkan rasa kecewa kerana barang-barang peribadi mereka dibaling oleh pemilik serta mendakwa hanya satu jam lambat untuk keluar daripada homestay.
“Ya saya mengaku saya lambat checkout. Kalau mak cik nak charge sehari RM100 ke RM200 pun saya bayar. Tapi jangan halau kami macam anjing, baling makanan apa semua.
“Semalam lepas berniaga event Alor Setar. Cepat-cepat hantar barang untuk Perlis pula, jadi sampai pukul 8 pagi tadi. Terlelap terjaga lambat sejam je,” tulis pelanggan tersebut.
Bagaimanapun, kenyataan itu dibidas oleh pihak homestay berkenaan kerana dianggap tidak menceritakan perkara sebenar yang menyebabkan kepada permasalahan berikut.
Di bawah merupakan kenyataan penuh pihak homestay:
Susulan kenyataan itu, rata-rata netizen memihak kepada pemilik homestay serta mengkritik tindakan pelanggan yang dianggap sengaja membuat naratif palsu demi mendapat sokongan ramai.
“Terpaling mangsa keadaan ni biasanya terpaling g*mpang,”
“Walaupun nama dia homestay, janganlah pulun tinggal macam rumah sendiri!”
“Buat perangai anjing, tapi tak suka dilayan seperti anjing, dah pukul 12 checkout, patuh je lah.”
Setakar artikel ini ditulis, posting berikut berjaya meraih lebih satu juta tontonan dan hampir 7,000 tanda suka di Platform X.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar