Hiburan
Nidza Afham Pernah Repost Video Tentang Kematian - “Kadang-Kadang Allah Cabut Nyawa Kita …”
Kehilangan Nidza Afham pada Selasa akhirnya terjawab apabila mayat seorang lelaki yang dipercayai penyanyi itu ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang pada malam, Rabu.
Akaun TikTok abang kepada penyanyi Aufahanie itu juga mula menjadi perhatian netizen.
Malah tindakan Nidza yang berkongsi semula sebuah video mengenai kematian pada Selasa turut mengundang pelbagai reaksi netizen.
“Kadang-kadang Allah cabut nyawa kita balik kerja naik motor, hujan dah elok nak masuk coner simpang depan itu, motor lain langgar dari belakang jatuh tergolek tengah jalan.
“Kereta lain pula mai lenyek, Allah,” antara petikan di video tersebut.
Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.
“Serah kepada pihak polis,” katanya kepada media selepas ditanya sama ada mayat lelaki itu dipercayai penyanyi, Nidza Afham Mokhtar.
undefined