Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Nikah Di Thailand, Hanya Jabatan Kehakiman Layak Sahkan Status Pernikahan - JAIPs

Gempak 06/06/2024 | 04:03 MYT

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan status pasangan bernikah di Thailand yang membuat pendaftaran pernikahan melalui sebuah syarikat yang disiasat Suruhanjaya Pencegarahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri ini.

Hanya Jabatan Kehakiman ada kuasa

Pengarah JAIPs, Najmuddin Abdul Karim berkata, hanya Jabatan Kehakiman yang layak menentukan sama ada pernikahan itu sah atau tidak memandangkan pasangan terlibat tidak melalui prosedur yang ditetapkan.

“JAIPs tiada kuasa untuk tentukan, hanya Jabatan Kehakiman ada kuasa,” ujarnya seperti dilapor Sinar Harian.

Pada Selasa, seorang pegawai kanan antara tiga direman SPRM berkaitan kes menerima suapan lebih RM1 juta bagi memudahkan urusan pendaftaran pernikahan di negeri itu.

Selatan Thailand sudah lama menjadi destinasi pasangan warga Malaysia untuk melangsungkan akad nikah dan mereka dikehendaki mendaftarkan semula perkahwinan di negara ini mengikut prosedur tertentu.

60 peratus nikah di Thailand libatkan poligami

Februari lalu, Konsulat Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi mendedahkan hampir 300 pasangan dari Malaysia menikah di Selatan Thailand setiap bulan.

Daripada jumlah tersebut, 60 peratus perkahwinan itu melibatkan berpoligami dan selebihnya kerana tidak mendapat izin keluarga.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Hakim, Aslam Didakwa Nikah Senyap-Senyap Di Thailand?

BERITA TRENDING: Isteri Aslam Komen Tuduhan Kahwini Marissa Di Thailand

BERITA TRENDING: Netizen Jadi FBI, Siasat Foto Tular Isteri Kedua Alif Teega! Siap Tanya - “Nikah Di Thailand 4 Hari Sebelum Anniversary Dengan Aisyah?”

BERITA TRENDING: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand

Kebanyakan mereka akan memilih Narathiwat, Yala, Pattani, Songkhla dan Satun untuk melakukan akad nikah, kata beliau.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Muhammad Azmir Azizan berkata, seramai 20 hingga 25 pasangan berkahwin di Thailand mendaftar di negeri ini dalam tempoh sebulan.

Beliau berkata, pendaftaran perkahwinan di negeri ini selepas melangsungkan proses nikah di Thailand atas tujuan poligami tidak memerlukan persetujuan isteri pertama.

“Pemohon hanya perlu hadir di hadapan pendaftar dan mengemukakan bukti perkahwinan menerusi dokumen yang disahkan.

“Apabila pendaftar berpuas hati bahawa perkahwinan tersebut adalah sah di sisi syarak, maka, perkahwinan berkenaan boleh didaftarkan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2006,” ujarnya.

Sumber: SINAR HARIAN

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

#Thailand #SPRM #JAIP #Nikah Thailand
;