Laman Utama

Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga

Maliah Surip
23/11/2023
14:55 MYT
Sponsor Banner
Nikita Mirzani Tak Akan Beri Harta, Buang Anak Perempuan Dari Keluarga
Pelakon sensasi Indonesia, Nikita Mirzani menegaskan tidak akan meninggalkan harta atau menjadikan anak perempuannya, Laura Meizani Nasseru Asry yang dikenali sebagai Lolly pewaris.

BERITA TRENDING: Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul

Dia juga memberitahu telah menamatkan isurans kesihatan Lolly dan dalam proses membuang nama anak perempuannya itu daripada sijil atau kad keluarga.
“Sekarang proses hapus namanya di KK tengah dilakukan. Jadi anak saya hanya dua orang,” kata Nikita sewaktu muncul di saluran YouTube Nexera Entertainment lapor Viva.co.id.
Nikita juga berkata: “Insurans juga telah saya tamatkan. Jadi sekarang misalnya jika dia sakit atau ingin menukar pendakap gigi, semuanya perlu dibayar sendiri.”
Lolly merupakan anak sulung Nikita hasil perkahwinan pertama pada tahun 2006.

PILIHAN PEMBACA: Sempat Kecoh Pengakuan Berzina, Kekasih Nikita Mirzani Sunat Lepas Peluk Islam: “Ya Biar Sihat”

Dia mengatakan tidak menjadikan Lolly pewaris atau membuangnya dari keluarga kerana berasa anak gadis berusia belasan tahun itu sudah boleh hidup berdikari.
“Dia kata dia sudah dewasa dan itu (hidup sendiri) pilihannya. Kalau diaa rasa sudah dewasa ya sudah. Tak perlu dikaitkan dengan ibu atau keluarganya,” kata Nikita lagi.
Melihat keputusan ibunya, Lolly mengaku kecewa namun pasrah.
“Saya sudah banyak kali minta maaf tapi ibu tak mahu. Jadi tiada apa yang boleh saya buat,” katanya.
Ironi perseteruan dua beranak ini dikatakan menjadi hangat selepas Lolly memilih berpihak kepada bekas bapa tirinya, Antonio Dedola yang dituduh Nikita telah mencuri cincin berlian miliknya. PILIHAN PEMBACA: Tak Boleh Buang Air Besar 4 Hari, Nikita Mirzani Ubah Suai Tandas Penjara

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar