Laman Utama

Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul

Maliah Surip
01/09/2023
09:50 MYT
Sponsor Banner
Nikita Mirzani Tuduh Dewi Persikk Suka Gugurkan Janin, Tak Mandul
Bukan Nikita Mirzani jika tidak mencetuskan kontroversi. Dan seperti biasa wanita ini tetap lantang bersuara walaupun bukan mengenai dirinya.
Terkini Nikita didakwa seperti sengaja ‘cari gaduh’ dengan rakan seperjuangan dalam industri iaitu Dewi Persikk.
Nikita antaranya mendakwa penyanyi dangdut yang sering dilabelkan mandul kerana masih belum mendapat anak meski pernah menikah dan bergelar janda itu sudah beberapa kali mnggugurkan janin dalam kandungannya.
Pelakon yang pernah dipenjarakan itu juga mengiyakan dakwaan mantan suami Dewi Persikk iaitu Saipul Jamil yang mendakwa penyanyi tersebut pernah menggugurkan kandungan sewaktu mereka menjadi suami isteri.
“Dia (Dewi Persikk) tidak mandul. Tapi setahu saya dia sudah beberapa kali menggugurkan kandungan. Bukan sekali dua tapi lebih lima kali kalau tidak salah.
“Ibunya tahu. Malah sewaktu menggugurkan kandungan ketiga jika tidak silap, ibunya yang menemani dia,” ujar Nikita dalam sebuah wawancara seperti dilaporkan Viva.co.id.
Sebelumnya Nikita juga sempat mendakwa Dewi Persikk sebagai penipu selepas mendedahkan gaji kekasih baharunya yang merupakan seorang juruterbang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar