NIMP 2030: Strategi MITI Cipta Pekerjaan Bergaji Tinggi Untuk Anak Muda!
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI) kini sedang melaksanakann Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) untuk memperkukuh ekonomi Malaysia.
Fokus pada STEM dan TVET
MITI mahu pastikan golongan muda ada kemahiran yang tepat, terutama dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).
MITI sudah menggariskan beberapa langkah penting untuk membantu anda yang berminat dalam bidang STEM dan TVET:
1. Program Latihan dan Kerjasama MITI akan bekerjasama dengan universiti dan syarikat industri untuk pastikan graduan ada kemahiran tinggi yang diperlukan. Ini termasuk dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D), yang kini semakin mendapat permintaan tinggi.
2. Peningkatan Kesedaran STEM MITI juga mahu pastikan lebih ramai pelajar dan ibu bapa memahami peluang dalam bidang STEM. STEM mempunyai potensi kerjaya dan kestabilan masa depan.
Apa Manfaatnya kepada Anak Muda?
Dengan sokongan ini, anak muda akan ada lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi dan kemahiran khusus yang memenuhi kehendak industri.
MITI sasarkan gaji median rakyat meningkat kepada RM4,510 menjelang 2030, dan ini bukan saja akan tingkatkan kualiti hidup, tapi juga menjadikan Malaysia destinasi pelaburan global.
Jika anda nak tahu lebih lanjut, anda boleh rujuk ke laman web rasmi NIMP 2030 atau ikuti MITI di Facebook MITI Malaysia.
Jadi, kalau anda bercita-cita tinggi dalam bidang STEM atau TVET, inilah peluang besar untuk anda!