Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“No, I’m Not Pregnant I Just…”- Sharifah Sakinah Akui Perut Buncit Kerana…

Syafiqah Jalal 06/10/2022 | 03:47 MYT
Pelakon Sharifah Sakinah menafikan yang dia kini sedang hamil seperti yang didakwa oleh suaminya sendiri Michael Hansen semalam.
Rupanya dakwaan itu hanya gurauan dan Sakinah memberitahu perutanya begitu kerana terlalu banyak makan ketika bercuti di Dubai.
“No, I’m not pregnant. I just had so much food in Dubai,” tulisnya.
Adik kepada penyampai radio Sharifah Shahirah itu berkongsi perkara berkenaan di Instagram (IG) miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik suntingan video ketika sedang berada di sebuah restoran mewah di sana.
Terdahulu, Michael dalam IG Story miliknya mendakwa isterinya hamil selepas Sakinah merungut akan perutnya yang sedikit berisi.
BACA: Nampak Berisi Di Bahagian Perut, Suami Kantoikan Sharifah Sakinah Sedang Hamil?
Difahamkan pasangan itu ke Dubai untuk bercuti bersama sejak beberapa hari lalu.
Sakinah dan Hansen yang juga merupakan bapa tunggal mendirikan rumah tangga pada tahun lalu.
Terdahulu, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang, Aliff Adha pada 2015 dan bercerai pada Mei 2020.
Hasil perkahwinan itu, mereka mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Anais Adha yang kini berusia lima tahun.
#Hamil #Sharifah Sakinah #Mengandung #Suami #Isteri #Sakinah #Pregnant #bunci
;