Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“No Rice, Simple Meal, Exercise” - Chef Wan Makan Telur Rebus, Dah Turun Berat 4 Ke 5 Kg

Mya Amri 14/10/2021 | 00:36 MYT
Selebriti cef terkenal, Cef Wan mengamalkan pengambilan makanan sihat sebagai inisiatif untuk menjaga kesihatannya.
Menurut Cef Wan, dia tidak kisah untuk menikmati hidangan yang mudah asalkan lengkap dengan nutrien yang diperlukan.
Antara juadah mudah untuk makan malam yang menjadi pilihan Cef Wan adalah telur rebus dan juga biskut.
“Kadang-kala bila saya malas nak masak atau call grab food ke untuk makan malam, saya rebus telur tiga biji letak kicap, lada putih, extra Virginia olive oil dengan empat keping cream crackers.
“Makanan mudah macam ini dengan tanpa nasi selama berminggu-minggu biasanya saya akan hilang berat badan sebanyak 4 hingga 5 kg! Seluar-seluar saya semua terlondeh dah!
“Saya tidak kisah makan makanan simple di rumah kerana saya sering makan banyak makanan sedap di pelbagai restoran dari semasa ke semasa.
“Bila mencekek makan betul-betul, bila seorang saya akan makan makanan yang mudah sahaja tetapi mempunyai nutrien yang tinggi. Tak ada karbon, lemak atau protein yang tinggi,” kongsinya.

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Menerusi hantaran yang sama Cef Wan memaklumkan selain penjagaan makanan, dia juga mengamalkan senaman ringkas.
“Saya sedar dah tua ini tak perlulah terlalu melampau batas. Terutamanya orang Melayu kita mesti ada nasi siang dan malam.
“Lauk-lauk macam satu meja. Tu sebab ramai bila tua sakit jantung dan kencing manis yang amat tinggi. Muda-muda dah kena macam-macam penyakit.
“Oleh itu, saya cuba makan makanan yang berkualiti dan bersenam dengan berjalan kaki, melancong atau membuat kerja rumah dan berkebun.
“Berpeluh puluh juga. Badan pun sihat tidur pun senang. Tidur awal, bangun pun awal.” Coretnya.
Sebelum ini, Cef Wan juga pernah memberitahu tidak mengamalkan minuman dan makanan yang manis.
#Datuk Chef Wan #Chef Wan #Cef Wan #Jaga Makan #Datuk Cef Wan #No Rice #Telur Rebus
;