Viral
"No Words To Describe, It's Like A Never Ending Wound!" - Menangis Rubini Terkenangkan Mendiang Abang Kandung
Kehilangan abang sulung kurang lima bulan sebelum menyertai pertandingan Asia's Next Top Model (AsNTM6) benar-benar merenggut jiwa Rubini Sambanthan, 27.
Masih berkabung, pemergian abang tercintanya, Devaganeh disifatkan Rubini seolah-olah luka yang takkan pernah sembuh.
"Memasuki AsNTM6 adalah keputusan paling susah dalam hidup saya! Saya mengambil masa yang lama untuk berkata 'ya'.
"Luka kehilangan abang kandung saya masih berdarah.
"Bayangkan ketika itu ibu saya baru kehilangan anak lelakinya dan saya giliran saya pula seterusnya! Sebulan tanpa berhubung sangat membimbangkan saya.
"Saya rasa bersalah, kenapa sampai sanggup tinggalkan emak saya demi pertandingan ini? Tetapi, inilah penerokaan baharu saya.
"Daripada asyik menangis, meratap orang yang telah pergi, AsNTM membuka lembaran baharu buat saya," katanya kepada Gempak.
Kata Rubini, abangnya sentiasa mengusik, mahu melihat satu-satunya adik perempuan dalam keluarga kecil itu muncul di kaca televisyen.
"Dialah yang selalu inginkan saya masuk pertandingan, apabila saya terpaksa menolak tawaran untuk AsNTM3, dia kecewa.
"Bukan senanglah nak masuk, itu jawapan saya kepadanya.
"Tetapi sekarang... Apabila saya menyertai AsNTM6 dia pula yang tak ada untuk tengok. It's hurts me a lot...
"Gembiranya saya tiada erti, sukar untuk gambarkan dengan kata-kata. It's too soon," getus Rubini sambil menyeka air mata.
Saudara kandung Rubini meninggal dunia pada hujung tahun lalu akibat masalah depresi serius.
Sementara itu, AsNTM6 menyaksikan penyertaan tunggal wakil Malaysia selepas Tuti (AsNTM4).
AsNTM6 bersiaran di saluran Astro 711 dan 722 (Fox Life dan Fox Life HD) serta saluran unifi TV 455 setiap Rabu pukul 9 malam.