Hiburan
Nonny Nadirah Dedah Kini Berstatus Janda? - “Single, Dah Dekat Empat Tahun Tak Disentuh”
Pelakon Nonny Nadirah menegaskan dia tidak pernah menggunakan imej seksi untuk mendapatkan kemewahan dan perniagaan yang diusahakan kini.
Tak Nak Bercinta
Nonny menerusi Instastory turut mendedahkan dia pernah berkahwin dan kini berstatus janda selain tidak merancang untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki mahupun wanita,.
“Maaf batang buruk tak diterima. Batang kaki main tak diterima. Saya jual produk bukan jual p***. Saya tak ada boyfriend, tak ada skandal… pernah kahwin. Status janda, single dah dekat empat tahun tak disentuh.
“Sexy saja tapi tak jual diri untuk nak kaya cepat. Korang jangan main-main eh. Aku tak nak kahwin! Aku tak nak ada boyfriend! Aku tak nak girlfriend! Aku bahagia macam ni!” tegasnya.
Amaran Kepada Yang Tak Serius
Pada perkongsian sama, Nonny turut memberi amaran kepada sesiapa yang tidak serius untuk membeli produknya dan dia juga sudah jemu dengan ugutan bunuh yang diterima.
“Order memain aku maki setiap sorang! Ugut bunuh lagi? Aku dah fed up! Meh sini kasi siap terus! Dari berpurdah sampai macam ni, dengan makhluk ni. Jangan melampau.
“Focus on the mission la setan,” ujarnya.
Terdahulu, Nonny Nadirah tampil berkongsi luahan hatinya yang mahukan lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas menerimanya kerana Allah.
Nonny turut menyatakan dirinya tidak inginkan kekayaan sebaliknya mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan bebas sihir.