Hiburan
Nonny Nadirah Merayu Hilangkan Gangguan - “Tiga Tahun Hanya Dapat Halusinasi Buruk”
Pelakon, Nonny Nadirah mendedahkan dirinya berdepan dengan gangguan sihir selepas diganggu seseorang.
Nonny mendedahkan perkara itu menerusi satu hantaran di ruangan Insta Story miliknya.
“Pergi berubat cakap tak sakit, tidak ada sesiapa yang dapat tolong. Terhalang, dibiar sakit sorang-sorang.
“Tiga tahun hanya dapat halusinasi buruk dari kamu. Aku merayu secara terang-terangan, tolong hilangkan gangguan ini,” tulisnya.
BERITA TRENDING: “Setahun Lebih Aku Lawan Dengan Diri Sendiri”- Nonny Nadhirah Alami Tekanan Perasaan?
Dalam pada itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima ini juga berharap agar individu yang melakukan perbuatan khurafat itu dapat menemui pintu taubat atau segala ilmu hitam tersebut kembali kepada pelaku.
“Ya Allah, jika mereka tidak bertaubat dari segala perbuatannya ini kembalikan setimpalnya kepada si penyihir.
“Jika kamu tidak bertaubat, sumpah laknat itu tetap bersama kamu. Aku bercakap bukan menurut hawa nafsuku, itu Al-Quran perkataan Allah S.W.T yang Maha benar. Na'uzubillahiminzalik,” coretnya.
Sebelum ini, Nonny pernah memberi bayangan gangguan sihir antara punca dia hilang dari industri hiburan.