Berita
Nonny Naik Motorsikal Dengan Niezam, Netizen Minta Jaga ‘Halal Gap’
Pelakon Nonny Nadirah mendedahkan dia dan kekasihnya Nizam Zaidi melalui proses susah dan senang bersama iaitu dari menaiki motorsikal ke kereta.
Menurut Nonny dia tidak pernah berputus asa dalam hidup meskipun wang di dalam poketnya hanya ada RM10.
BACA : "Kami Tak Pernah Declare Apa-Apa, Tapi... " - Nonny Nadirah Tak Tolak Jodoh Dengan Niezam Zaidi
“Dari grab ke motor,berhujan pakai plastik sampah. Alhamdulilah sekarang dah ada transport balik. Terima kasih buat sahabat-sahabat semua yang banyak membantu kami.
“Walaupun ada RM10 dalam poket jangan pernah give up sebab rezeki Allah yang bagi.
“Teruskan dengan rajin bersedekah, utamakan keluarga, bantu sesama kita dan tengok magika yang akan berlaku dalam kehidupan korang,” katanya.
Nonny berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik rakaman video membonceng motorsikal yang ditunggang oleh Nizam.
Selain itu, dia memuat naik foto bersama kereta dan Nizam yang difahamkan kenderaan terkini yang dimaksudkan.
Pun begitu, video dia membonceng motorsikal yang ditunggang Nizam telah mendapat perhatian netizen.
Rata-rata tidak gemar melihatnya membonceng motorsikal itu bersama seorang lelaki bukan muhrim dan meminta Nonny menjaga batas-batasnya.
“Hmmm bukan muhrim lagi kan?
“Aduh kenapa naik motor sama-sama?
“Jauh-jauh dulu, dah nikah baru boleh sweet macam ni.
“Eh dah kahwin ke?” Komen antara pengikutnya.
Pasangan ini mula terbuka tentang hubungan istimewa yang terjalin sejak Mei lalu dan akui bakal mengakhirinya dengan ikatan yang sah
Sekadar info, Nonny bercerai dengan bekas suaminya Mustain Adnan pada tahun 2019.