Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Noorkhiriah Mohon Jangan Judge Pihak Yang Tak Kongsi Isu Palestin - “Jangan Bersangka Buruk Mungkin…”

Mya Amri 20/10/2023 | 08:56 MYT

Pelakon, Noorkhiriah berpendapat jangan cepat menilai sekiranya seseorang selebriti tidak memuat naik apa-apa posting berkaitan dengan konflik yang sedang berlaku di Palestin.

Menurut Khiriah, setiap orang mempunyai cara masing-masing dalam bersoladoriti.

“Saya nak cakap lebih-lebih pun tak berani… tapi kalau kita yakin rezeki itu Allah yang beri, kongsi sahajalah.

“Tapi kita tidak boleh bersangka buruk… Mungkin dalam diam atau dalam sujud (solat) mereka mendoakan.

“Ada sesetengah individu tidak suka war-war kan, jadi kita sebenarnya kena bersangka baik sahaja.

“Cuma satu sahaja yang boleh saya pesan… Kita jangan terlalu banyak cakap sebab takut tersalah,” katanya.

Khiriah ditemui di majlis sidang media program terbaharu Astro, Gelak 90 Saat bertempat di Astro Bukit Jalil.

Khiriah berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tindakan netizen yang mula mempertikaikan tentang selebriti dan pempengaruh media sosial yang tidak berkongsi tentang Palestin kerana dikatakan takut kehilangan 'job'.

Dalam perkembangan lain, Noorkhiriah dan teman baiknya Ieda Moin bakal muncul dalam rancangan komedi Gelak 90 Saat di mana mereka akan bergandingan sebagai pasangan duo.

Gelak 90 Saat bakal menemui penonton Astro bermula 20 Oktober, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Warna (saluran 107).

Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Alami pengalaman Astro Baharu. Strim tanpa gangguan hujan dengan Astro Ultra Box.

Untuk melanggan Pek Primary, WhatsApp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838.

#Isu #Palestin #noorkhiriah #Gaza #Bersangka Baik #Konflik
;