UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nor Albaniah ‘Sunyi’, Sedia Buka Hati Untuk Orang Baharu Dalam Hidup - “Kalau Ada Orang Nak Saya Memang…”

Ainun 29/01/2025 | 00:55 MYT

Pelakon veteran Nor Albaniah mengakui sudah bersedia untuk membuka hati menerima kehadiran seseorang yang istimewa dalam kehidupannya.

Menurut Nor Albaniah atau nama sebenarnya Nor Albaniah Raffie, rasa itu timbul apabila dia rasa sunyi hidup bersendirian dan mula terfikir untuk kembali mendirikan rumah tangga.
"Kalau dulu, jawapan saya berbeza. Saya kata tak perlu kahwin lagi sebab dah tua. Tapi sekarang lain, saya rasa sunyi.

"Kalau ada orang nak, saya memang bersedia untuk berkahwin. Cuma mungkin tiada yang mahu dengan saya. Saya pun tak tahu," katanya.

Nor Albaniah ditemui Gempak ketika menghadiri tayangan perdana filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di The Starling Mall, Petaling Jaya, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Tambahnya lagi, dia tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pasangan, sebaliknya hanya menginginkan seseorang yang mampu memahami dirinya seadanya.
"Saya masih mencari, tapi tiada lagi. Kalau boleh, janganlah suami orang. Saya tak minta banyak, cuma nak seseorang yang boleh faham kerenah saya saja.

"Saya tak nak yang berusia sangat. Tak apa kalau lebih muda daripada saya, asalkan dia matang.

"Saya pun tak suka lelaki daripada kalangan artis. Sejak dulu, saya tak pernah bercinta atau ada skandal dengan artis. Tapi kalau di masa depan ada jodoh begitu, mungkin boleh dipertimbangkan," jelasnya.
Pada masa sama, pelakon berusia 56 tahun itu juga menyatakan bahawa dia lebih selesa berkenalan secara bersemuka berbanding menggunakan aplikasi mencari jodoh di atas talian.
"Saya tak percaya kalau menggunakan aplikasi cari jodoh ini. Saya orangnya terlalu berhati-hati. Sangat berhati-hati," katanya.
Sekadar info, pelakon Nor Albaniah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud, pada tahun 1994.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Syarra.
Namun, jodoh mereka tidak panjang apabila Sudarman meninggal dunia pada tahun 1996 akibat kemalangan jalan raya.

BERITA BERKAITAN: Anak Noralbaniah Sudah Bebas, Mahu Teruskan Hidup Dengan Perkara Positif - “Bagi Dia Belajar Dari Kesilapan Yang Dia Buat”

BERITA BERKAITAN: "Saya Bukan Cleaner" - Noralbaniah

BERITA BERKAITAN: Anak Terlibat Dadah, Noralbaniah; "Janganlah Kata Saya Salah Didik Anak"

BERITA BERKAITAN: Noralbaniah Dedah Gambar Kenangan Dirinya Berkepala Botak Gara-Gara...

#Kahwin #Pasangan #baru #Hidup #Nor Albaniah #Sunyi
;