UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Hiburan

Nora Ariffin Cemas Diekori Dua Individu Tak Dikenali & Kereta Dihalang, – “Badan Besar Macam Gangster”

Khairil Khusyairi 17/01/2025 | 01:50 MYT
Penyanyi Datuk Nora Ariffin berkongsi detik cemas apabila dia diekori oleh dua individu tidak dikenali selepas berhenti membuat belian di gerai di bahu jalan baru-baru ini.

Diekori, Kereta Dihalang

Menurut Nora, dia mula perasan dirinya diekori apabila sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda menghalang kenderaannya.

“Saya nampak ada kereta pacuan empat roda lalu dihadapan gerai dan dia mengikuti saya ketika saya berjalan mahu ke kereta dan saya perasan dia ikut jadi saya terus masuk kereta cepat-cepat dan kunci semua pintu.

“Saya perhati kiri kanan dan memang dia halang kereta saya, saya parking di tempat parking. Dia betul-betul halang kereta saya di belakang. Saya memang tak boleh keluar.

“Masa tu Allah saja tahu, saya pandang semua cermin dan saya nampak pemandu kereta tersebut buka cermin, ada dua orang lelaki berbadan besar macam gangster,” kongsi Nora di Instagram pada Khamis.

Baca Doa Pelindung Diri

Panik dengan situasi tersebut, Nora yang seorang diri ketika itu membaca doa pelindung diri agar diberikan perlindungan.

Tidak lama selepas itu, dua individu tersebut terus beredar dari situ dan Nora juga terus meninggalkan tempat tersebut.
“Saya terus cepat-cepat baca doa pelindung diri, saya berselewat ‘Ya Allah selamatkan saya Ya Allah’.

“Seminit selepas itu, memang dia terus pergi. Saya terus undur kereta dan pergi dari situ, saya tengok juga takut mereka ikut saya,” ceritanya.

Beri Pesanan Buat Wanita

Dalam pada itu, pelantun lagu Renungan Terakhir itu berpesan kepada semua terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati dan sentiasa mengamalkan membaca doa pelindung diri apabila berhadapan situasi sukar.

“Saya nak pesan buat semua wanita, tolong hati-hati sebab kita tak tahu. Saya juga terfikir bagaimana kalau mereka datang dengan kapak atau parang, cuba buka cermin atau apa-apa sahaja.

“Apa yang saya boleh buat? Kereta mereka juga lebih besar dari kereta saya. Jangan ambil mudah dan kena sentiasa waspada.

“Nasihat saya juga kena amalkan doa dan berikhtiar dengan doa pelindung diri tetapi dengan izin Allah,” pesannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin Dakwa Digelar 'Sundal', Anak Tiri Tampil Bersuara... Dedah Ada Simpan Banyak Bukti - "Lagi Buat Diam Lagi Seronok Dia Eh”

ARTIKEL BERKAITAN: Persembahan Memukau, Vokal Masih Solid! Ini Momen-Momen Konsert Sulung Hanya Satu: Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah Tua, Tak Perlu Emosi…” - Isu Perbalahan Keluarga Suami, Nora Ariffin Pilih Untuk Bersikap Lebih Matang

#Nora Ariffin #wanita #Cemas #Panik #Diekori #Dihalang #Gangster
;