Laman Utama

"No...You Don't Even Wish Me!" - Rupanya Eina Azman Merajuk Sebab Suami Tak Sambut Birthday Tapi Ada Yang Tuduh Marketing?

Syafiqah Jalal
18/03/2023
07:41 MYT
Sponsor Banner
"No...You Don't Even Wish Me!" - Rupanya Eina Azman Merajuk Sebab Suami Tak Sambut Birthday Tapi Ada Yang Tuduh Marketing?
Tanda tanya mengenai muat naik sosial media pelakon Datin Paduka Eina Azman baru-baru ini terjawab apabila suaminya membuat kejutan hari jadi yang sudah lepas pada 13 Mac lalu semalam.
Beberapa hari lalu posting Eina Azman di media sosial menunjukkan dirinya bersedih dan murung namun dia sendiri tidak memberitahu sebabnya.
Semalam ketika membuat siaran langsung di TikTok untuk melancarkan produk terbaharunya, tiba-tiba suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet datang dengan sejambak bunga yang diperbuat dari duit membuat kejutan sempena hari lahirnya yang lepas kurang seminggu lalu.
Aksi itu menjadi kecoh kerana rupa-rupanya suami Eina tidak membuat sebarang sambutan hari lahir kepada Eina malah turut bertindak mendiamkan diri sehingga isterinya merasa sedih dan berfikiran curiga terhadap suaminya itu.
“No…you don’t event wish me…this year i tak celebrate my birthday and i dont even blow my candle with my kids…”kata Eina.
Susulan daripada kejutan itu ketika Eina sedang mengadakan pelancaran bagi sebuah produknya, suami Eina berkali-kali memohon maaf kepada isterikesayanganya itu serta kepada orang ramai.
Menjengah di ruangan komen di Instagram Eina, rata-rata lega yang kesedihannya sebelum ini bukan kerana kes kecurangan atau pentondol.
Namun tidak kurang juga merasakan ia taktik marketing atau pemasaran Eina untuk pelancaran produk baharunya.
"Jangan percaya cheap marketing...dia nak keluarkan produk je ni," dakwa salah seorang pengikut laman sosial
"Marketing je kot ni..." kata salah seorang netizen.
Eina turut memberitahu dia tidak sama sekali mengetahui kejutan yang bakal diterimanya ini kerana dalam fikirannya sudah bercampur-baur fobia dengan situasi sekarang yang hangat memperkatakan soal suami curang.
Terdahulu, aktres ini telah mencuri perhatian netizen selepas bertindak merakam dirinya sedang menangis dan memuat naik video tersebut di Insta story akaun media sosial miliknya.
Video berkenaan, yang dimuat naik di Instagram Storynya turut mengandungi kapsyen yang memberi bayangan seolah-olah pelakon tersebut telah dikecewakan seseorang.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar