Laman Utama
Nur Sajat Minta Tips Mahu Hamil, Netizen Terkedu - “Kena Ada Rahim Kak Jat..”
Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat mencuri perhatian ramai apabila meminta tips untuk hamil daripada pengikutnya di media sosial.
Menerusi laman sosial TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 37, yang kini menetap di Sydney, Australia memuat naik hantaran mengajukan pertanyaan tersebut dalam bentuk video berdurasi kurang 20 saat.
“Koranglah asyik tanya nasihat aku, aku nak tanya nasihat korang pulak. Macam mana mudah nak mengandung? Haa, macam mana nak lekat? Macam mana?
“Asyik aku je kau minta advice. Aku nak tanya korang pulak. Macam mana?” ucapnya di dalam hantaran video tersebut.
undefined
Sementara itu di ruangan komen, pertanyaan tersebut mengundang usikan daripada wargamaya yang rata-ratanya memberikan komen berbaur sindiran.
“@KupiSusuLemakManis:Kena ada rahim Kak Jat.”
“@Bunga:First kena ada rahim, period teratur tak bang.”
“@Wawshams Shams:macam ni la Jat.. dengan izin allah mengandung la kita.”
“@ruzaimahabduazi:hensem la awak dengan Gaya kelakian gitu bila tanya soalan subhanallah.”
“@Zalieyla Eyida:Entah la bang. Saya yang ada rahim ni pon tak tau nak jawab sebab 7 tahun penantian. Kuasa Allah kan.”
“@Һąʐʐ:Muhammad... jangan la tanya soalan gini.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 530,000 tontonan daripada warga TikTok.