Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

"Nurse Letak Affan Tepi Celah Katil Jadi Saya ....." - Bazli UNIC Kongsi Kisah Azankan Anak

Rozaimi Zubaidi 21/06/2019 | 08:15 MYT
Penyanyi kumpulan UNIC, Bazli berkongsi kisah selepas anaknya, Affan semasa dilahirkan tiga tahun lalu.
Menerusi entri di Instagram (IG), Bazli menjelaskan dia tidak mempunyai masalah untuk azankan anaknya dan turut berkongsi video berserta ucapan sempena ulang tahun kelahiran anaknya yang ketika pada tahun ini.
"Moment saat azankan @affan_bintangsyurga tenang bila dengar ayah azan.
"Nurse letak Affan tepi celah katil jadi saya tak pulak gigih nak masuk tempat sempit semata nak cari telinga kanan haha. Affan diam tenang tu kira di sedang dengar menghayati nama Allah.
"Alhamdulillah syukur pada Allah memberi nikmat yang tidak terkira kurnianya. Terima kasih ya Allah. Terima kasih @asiahabubakar90 kerana melahirkan anak kita bertarung nyawa.
"Terima kasih @syahid_bintangsyurga kerana memberi kami kekuatan sepanjang zaman. Ayah akan didik ko sebaik kualiti didikan sepenuh jiwa raga insya Allah. Selamat hari lahir yang ke-3 Muhammad Affan bin Bazli Hazwan. 3 tahun dah ko nak. Sebak pulak ayah tengok video ni," tulisnya.

Moment saat azankan @affan_bintangsyurga tenang bila dengar ayah azan. Nurse letak affan tepi celah katil jd sy xpulak gigih nk masuk tempat sempit semata nk cari telinga kanan haha.. affan diam tenang tu kira di sedang dengar menghayati nama Allah. Alhamdulillah syukur pd Allah memberi nikmat yg tidak terkira kurnianya.. terima kasih ya Allah. Terima kasih @asiahabubakar90 kerana melahirkan anak kita bertarung nyawa. Terima kasih @syahid_bintangsyurga krn memberi kami kekuatan sepanjang zaman. Ayah akan didik ko sebaik kualiti didikan sepenuh jiwa raga insya Allah. Selamat hari lahir yg ke3 Muhammad Affan bin Bazli Hazwan. 3 thun dh ko nak.. sebak pulak ayah tgk video ni #affan #affanbazli #bintangsyurga

A post shared by Entrepreneur Musician (@bazliunic) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata mengakui tersentuh apabila melihat video yang dikongsikan oleh Bazli dan mendoakan supaya anaknya membesar dengan sihat.
"@norhazilahharun77: Selamat hari lahir Affan, semoga jadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. Sedih pula lihat video ni."
"@julia.7577: Alahai comelnya Affan. Selamat hari lahir Affan semoga menjadi anak yang Soleh dan taat ibu ayah."
"@intanpayung.ayu: Selamat hari lahir Affan yang bijak. Semoga jadi anak soleh penyejuk hati ayah bonda dan dapat beri syafaat buat keduanya kat akhirat sana."
#Penyanyi #Penyanyi #Bazli
;