Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Nyanyiannya Boleh Diperbaiki" - Ajai Beri Nasihat, Fazura Perlu Hadir Ke Kelas Untuk 'Upgrade' Vokal

Ainun 09/11/2024 | 07:25 MYT

Penyanyi dan komposer, Ajai berpendapat nyanyian pelakon, Nur Fazura masih boleh diperbaiki.

Menurut Ajai, Fazura perlu memperbaiki vokalnya dengan mengikuti latihan yang tepat kerana hanya dirinya sahaja mengetahui keupayaan nyanyiannya.
“Pada saya senang sahaja, bila saya tidak menilai seseorang itu dalam sebuah pertandingan atau mana mana sahaja, saya tidak berminat untuk memberi komen terhadapnya.

“Cuma pada saya, prestasi diri sendiri tahu tentang bunyian. Individu itu perlu tahu tentang bunyian. Jadi, kalau kita tahu yang kita ada kelemahan dalam nyanyian kita, kita perlu pergi ke kelas vokal.

“Perbaiki lagi nyanyian sebab mungkin macam saya cakap dalam menyanyi ini ada setengah penyanyi yang sangat bagus dalam menyanyi tapi tiada tarikkan,” katanya kepada Gempak.
Ajai berkata demikian ketika menghadiri konsert akhir The Chosen One musim kedua di Visual Three Studio, Seri Kembangan, Selangor pada Jumaat.
Pada masa yang sama, Ajai juga turut menyatakan syarikat rakaman kini lebih memilih seseorang yang mempunyai daya tarikan kuat berbanding mempunyai vokal terbaik.
Malah Ajai juga memberikan contoh penyanyi antarabangsa untuk dibandingkan, iaitu Christina Aguilera dan Britney Spears.
“Jadi, saya menganggap ianya boleh menyanyi. Ada juga penyanyi yang hanya ada 50 peratus sahaja kreativiti.

"Tetapi ada tarikan dan semestinya syarikat rakaman akan pergi kepada artis yang ada daya tarikan daripada dia invest pada artis yang bagus menyanyi tapi tiada tarikan.

“Kita bagi contoh antarabangsa, Christina Aguilera dan Britney Spears. Kita semua tahu Christina menyanyi sangat bagus berbanding Britney tapi yang lebih berjaya adalah Britney disebabkan daya tarikan. Itulah dunia industri nyanyian,” jelasnya.
Bagaimanapun, kata Ajai, orang ramai tahu untuk menilai sesuatu dan menasihatkan Fazura supaya mengambil peluang memandangkan dia kini bekerjasama dengan golongan profesional.
"Orang luar sudah mampu menilai persembahan dari individu atau kumpulan. Tapi sebagai individu, jika dia mempunyai rezeki tarikan dan peminat yang besar, dia perlu mengambil inisiatif memperbaiki vokal nyanyian supaya lebih sedap untuk didengari ramai.

“Macam saya katakan tadi, kalau dia rasa dia mempunyai peminat yang besar, pergilah menghadiri kelas vokal untuk perbaiki dan jadi lebih bagus.

"Semestinya dia juga sudah bekerja dengan orang-orang yang profesional. Jadi itu adalah peluang untuk besarkan lagi bakatnya,” ulasnya.
Terdahulu, Fazura membuat penampilan sulung pada Selasa selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Kemunculan Fazura dalam sebuah program bual bicara di Indonesia mengundang pelbagai reaksi netizen selepas membuat persembahan secara langsung.
Menerusi program itu, Fazura hadir bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul Bertahan Demi Cinta yang merupakan duet bersama Fattah sebelum mereka berpisah.

BERITA TRENDING: "Sup Ekor Campurkan Dengan Serbuk Sup Ayam..." - Hetty Koes Endang Kongsi Kenangan Lucu Kali Pertama Belajar Masak Untuk Suami

BERITA TRENDING: Ada Individu Dakwa Aliff Aziz & Bella Astillah Bakal Rujuk? Ini Respons Ibu Aliff Aziz - “Terima Kasih Di Atas…”

BERITA TRENDING: Dengar Nasihat Peguam, Adam Shahz Takkan Kongsi Mengenai Hak Penjagaan Anak Di Media Sosial Lagi – “Bila Sekali Tersiar Susah Sangat Nak Hapuskan”

BERITA TRENDING: GV11: Suami Kurang Yakin Masih Boleh Menyanyi, Illa Sabry Terus Ambil Kelas Vokal - "Kita Jadi Isteri Pun..."

#Fazura #Ajai #Vokal #Komen #Kelas #Nyanyian #Hadir #Upgrade
;