Laman Utama

Nynaa Harizal Upload Posting Gembira Dengan Keluarga, Netizen: “Tak Macam Kena Culik Pun…”

Fiza Kamarudin
10/11/2021
05:24 MYT
Sponsor Banner
Nynaa Harizal Upload Posting Gembira Dengan Keluarga, Netizen: “Tak Macam Kena Culik Pun…”
Pelakon Nynaa Harizal yang didakwa diculik oleh bapanya sendiri oleh suami, beberapa hari lalu telah memuat naik dua hantaran terbaru di laman sosial Instagram (IG).
Menerusi dua hantaran video tersebut, Nynaa kelihatan gembira meluangkan masa bersama ahli keluarganya.
Tinjauan Gempak di ruangan komen pada kedua-dua hantaran mendapati warganet mula meragui dakwaan ‘culik’ oleh suami Nynaa, Mohamed Fahmi Ilyas pada 3 November lalu.
“Kata kena culik? Tak macam kena culik pun, happy jer,” komen beberapa pengikut.
Bagaimanapun ada juga yang beranggapan kemungkinan video yang dimuat naik merupakan video lama.
“Katanya kena culik dengan family sendiri…Ni video lama ke baru,” tulis seorang warganet pada hantaran video Nynaa dan adik-adiknya di pusat membeli belah Johor Premium Outlet (JPO).
Dalam pada itu, rata-rata mereka berharap agar masalah keluarga Nynaa dapat diselesaikan dengan cara baik.
Terdahulu, Fahmi Ilyas membuat laporan polis mendakwa isterinya telah 'diculik' oleh bapa mentuanya, Mejar (B) Harizal Hashim ketika Nynaa berada di set penggambaran sebuah drama di Setia Alam, Shah Alam.
Menerusi sebuah sidang media tergempar, Fahmi Ilyas mendakwa keluarga Nynaa membawa isterinya itu pulang ke Johor secara paksa, untuk tujuan berubat.
Pada sidang media itu juga Fahmi Ilyas mendakwa terputus hubungan komunikasi dengan isterinya selepas berhubung buat kali terakhir pada Selasa, 2 November lalu.
Fahmi Ilyas juga mendakwa bodyguard yang juga pemandu kepada Nynaa diugut dengan menggunakan senjata api.
[[BACA: Suami Dakwa Keluarga Mentua Culik Nynaa Harizal Di Set Penggambaran….]]
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar