Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Oh! Ini Rahsia Miss Universe Shweta Sekhon Kekal Segar Sepanjang Hari

Amri Hassan 17/01/2020 | 08:49 MYT
Tubuh badan yang segar bermula daripada penjagaan diri yang sempurna.
Sama seperti Miss Universe Malaysia, Shweta Sekhon yang punyai rejim penjagaan dirinya untuk kekal segar dan aktif sepanjang hari.
Memilih rangkaian produk semulajadi Lush, kata Shweta secara tidak langsung juga mampu mengekalkan keremajaan diri.
"Kulit saya rasa kekal remaja dan memang rangkaian produk bermula dari bath bomb, spray badan, scrub dan ubat gigi amat disarankan," ujarnya.
Jadi, sempena dengan pelancaran outlet terbaharu Lush Cosmetics di Sunway Pyramid baru-baru ini, Gempak senaraikan lima produk terbaik Lush yang patut anda pilih untuk kegunaan harian.
1. Bath bomb
Manjakan diri anda dengan seleksi bath bomb yang sememangnya sinonim dengan jenama Lush.
Larutkan sahaja bath bomb pilihan anda ke dalam tub mandi mengikut mood. Aroma wanginya nescaya mampu memberikan sensasi menyamankan.
Seleksi terbaharu Lush iaitu Groovy Kind of Love, Harajuku, Melusine, Snow Fairy dan Holly Golightly boleh anda pilih. Bau wangi, warna pun menarik!

It's groovy, baby! A bath bomb to lift up spirits and add more colour to your life #Veganuary ? @lushnottingham

A post shared by Lush Malaysia (@malaysia.lush) on

2. Scrub
Tampil dengan kulit lebih licin dan bersih dengan rangkaian scrub Lush.
Kini terdapat varian terbaharu yang anda patut cuba iaitu Aurora Borealis, Cookie Dough dan Easy Peeler.
3. Syampu rambut
Anda pasti tidak mahu memiliki rambut yang berbau hapak dan kulit kepala bermasalah.
Jadi, cuba gunakan syampu bar Angel Hair, Coconut Rice Cake, Flyway Hair atau Wasabi Shan Kui untuk mencuci rambut anda.
Lengkapi penjagaan rambut anda dengan perapi American Dream atau Candy Rain untuk hasil memberangsangkan.
4. Ubat gigi
Senyuman menawan dan nafas yang segar merupakan daya penarik yang perlu ada dalam diri setiap individu.
Jadi, apa kata anda rasa sendiri pengalaman menggunakan ubat gigi berperisa Candy Cane atau pilihlah pelbagai perisa toothy tabs dari Lush.

Rise and shine! This Candy Cane flavoured toothpaste is a great way to start the day ?

A post shared by Lush Malaysia (@malaysia.lush) on

5. Body Spray
Sebelum keluar rumah eloklah anda wangikan badan anda dengan body spray Lush.
Dihasilkan daripada minyak esen yang mewangikan, membaiki mood dan meningkatkan tenaga harian anda.
Golden Pear, Celebrate, Snow Fairy dan Yog Nog antara seleksi terbaru dari jenama ini.

Bed time is a good time to spritz a little bit of Twilight ? This lavender and tonka scented body spray will send you straight into dreamland ? ? @lushcosmetics

A post shared by Lush Malaysia (@malaysia.lush) on

#Miss Universe #Shweta Sekhon #Lush
;