Laman Utama
#OhAbeNik: Berhabis Ratusan Ribu Ringgit Renovate Rumah Flat, Ada Kata Tak Berbaloi?
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.
***
Tempoh PKP menjadi pilihan ramai untuk mendekorasi atau mengubahsuai kediaman masing-masing.
Di Twitter misalnya, pelbagai proses make-over rumah dikongsikan untuk inspirasi dan berkongsi kepuasan sendiri.
Malah, terbaharu pun ada pengguna yang memuatnaik beberapa keping foto mengubah suai kediamannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tinggal di rumah jenis flat tidak menjadi halangan untuk pemilik mengubah suai dan menghias kediaman demi keselesaan bersama keluarga.
Namun, yang menjadi toksik apabila nilai pengubah suaian itu yang mencecah harga ratusan ribu ringgit diperlekehkan netizen.
Ada yang menganggap tidak berbaloi dan kediaman jenis flat seakan-akan 'tidak layak' dilaburkan sedemikian rupa (jika dibandingkan dengan keadaan exterior dan fasiliti kawasan terbabit).
Bagi Abe Nik, soal kewangan bertitik tolak daripada pemilik kediaman itu sendiri. Sekiranya mampu, tidak salah pun untuk menghias kediaman sampai puas hati.
Soal di mana kedudukan rumah itu bukan alasan. Banyak saja contoh kediaman yang diubah suai sama ada di dalam dan luar negara dikongsikan oleh pengguna setiap waktu.
Sedikit sebanyak ia menjentik rasa cemburu dan teruja untuk memperoleh kediaman yang sedap mata memandang dan selesa untuk didiami.
Bagi yang mampu boleh saja dapatkan khidmat daripada perunding hiasan dalaman demi hasil yang memuaskan hati.
Namun, seandainya bajet menjadi kekangan, banyakkan bertanya dan membaca. Ada pelbagai rujukan serta cara terbaik termasuk juga tips ringkas untuk mengubahsuai kediaman.
Misalnya di Twitter ini, Abe Nik memuji inisiatif sekeluarga yang mengubah suai dapur basah buat ibu tercinta tanpa mengeluarkan bajet yang besar pun.
Sentuhan sendiri (sekiranya mahir) punyai nilai sentimental yang tinggi dalam sesebuah kediaman.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagi yang mungkin tiada bajet untuk mengubahsuai atau menghias kediaman, pastikan rumah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih. Itu sudah cukup menyemarakkan rasa bahagia dan tenang dalam rumah sendiri.
Rumahku Syurgaku!
Foto: Twitter Auni Faizun, Anis Syuhada