Laman Utama

#OhAbeNik: Macam Cacing, Boot Kaki Ayam Belanda, Kerusi Atas Kepala... Intip Fesyen Pelik Doja Cat, Hos MTV VMA's 2021!

Amri Hassan
13/09/2021
15:20 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Macam Cacing, Boot Kaki Ayam Belanda, Kerusi Atas Kepala... Intip Fesyen Pelik Doja Cat, Hos MTV VMA's 2021!
Industri muzik Hollywood kembali bernafas menerusi penganjuran MTV Video Music Awards yang berlangsung di Barclays Center, Brooklyn, New York, Amerika Syarikat hari ini.
Seperti biasa, fesyen artis yang hadir pada acara tersebut turut menjadi perhatian ramai biarpun berlangsung dalam normal baharu.
Namun, yang paling mencuri perhatian pastinya hos tahun ini, penyanyi rap Doja Cat yang muncul dengan gaya eksentrik dan beberapa persalinan sepanjang acacara berlangsung!
Jom semak fesyen fesyen unik hos MTV VMA's 2021, Doja Cat!
Karpet merah
Hos acara tersebut hadir di karpet merah dengan bodysuit korset hitam maroon rekaan Andreas Kronthaler for Vivienne Westwood dipadankan dengan platform boot merah terang.
Grand entrance
Muncul di pentas utama, Doja Cat kemudiannya menukar persalinan dres hitam Vivienne Westwood berserta sarung tangan biru dan rambut blonde panjang mengurai.
Bukan hanya persalinan sahaja yang ditukarnya malah, kuku juga ditukar beberapa kali untuk disesuaikan dengan pakaian.
Showtime!
Ketika menyanyikan lagu Been Like, Doja Cat menukar persalinan merah dan dipasangkan harness sambil dijulang tinggi di tengah-tengah pentas.
Macam Cacing?
"Uh, aku nampak seperti cacing... itu hebat," katanya ketika menukarkan pakaian rekaan Thom Browne.
Kerusi atas kepala
Kalau kerusi kita guna untuk duduk, Doja Cat pula meletakkan kerusi atas kepalanya! Oh, itu sebenarnya topi yang diubahsuai berbentuk seakan-akan kerusi berwarna merah yang dipadankan dengan dress bustier nude dan cetakan kain bercorak kuda Vivienne Westwood.
Tapi sebenarnya topi itu pun praktikal dah masih boleh digunakan sebagai kerusi juga!
Kaki ayam belanda
Tak habis setakat itu, Doja Cat kemudiannya menukar persalinan terakhir dengan memakai but tinggi berbentuk kaki ayam belanda. Juga dari Thom Browne!
Aksesori luar biasa itu dipadankan dengan topi dan blazer unik berwarna merah jambu! Selain Doja Cat, beberapa selebriti antarabangsa turut mencuri tumpuan ketika acara berlangsung antaranya Lil Nas X, Megan Fox, Kacey Musgraves, Anitta, Bella Poarch, Normani, Jennifer Lopez dan Madonna.
Siapa menang apa?
MTV VMA's 2021 menyaksikan penyanyi Olivia Rodrigo, 18, dan Justin Bieber, 27, menjadi artis paling bersinar apabila memenangi beberapa trofi.
Rodrigo membawa pulang trofi utama Artis Baharu Terbaik, Lagu Terbaik menerusi Drivers License, dan Persembahan Push Terbaik (Drivers License).
Manakala, Bieber merangkul trofi Artis Terbaik dan Pop Terbaik menerusi lagu Peaches bersama Daniel Caesar dan Giveon.
Sementara itu, Lil Nas X turut unggul apabila menang Video Terbaik, Arahan Terbaik, dan Kesan Visual Terbaik menerusi lagunya berjudul Montero (Call Me By Your Name).
Demikian juga Silk Sonic tidak pulang hampa apabila menang trofi R&B Terbaik dan Suntingan Terbaik untuk lagu Leave the Door Open.
BTS dari Korea Selatan pula dinobatkan Kumpulan Terbaik dan K-Pop Terbaik.
Foto: Google, Billboard, Vibes, Getty Image
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar