Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

#OhAbeNik: Sempoi, Stailo 'Malas-Malas'! Ini Gaya OOTD Mudah Ala Bintang Hollywood Dengan Adidas Samba OG

Amri Hassan 31/05/2023 | 14:33 MYT

Sneakers menjadi kegilaan ikon fesyen dunia ketika ini. Beberapa selebriti seperti Rihanna, Bella Hadid, Kendall Jenner, Hailey Bieber, Emily Ratajkowski, Jennifer Lawrence, Mary-Kate Olsen dan Kate Moss punyai persamaan citarasa; Adidas Samba OG!

Begitu juga si jejaka yang tak pernah tidak ekstra kacak dan sempoi dengan menyarung sepasang Adidas Samba OG. Lihat saja Frank Ocean, Jonah Hill dan A$AP Rocky!
Rekaan yang sleek, sesuai dipadankan dengan apa saja yang digayakan di tubuh dan paling penting, rekaan klasik ini sudah sold out di semua tempat. Oh no!!!
Jadi, anda tidak boleh dikategorikan sebagai individu yang tidak punyai fashion-sense apabila menggayakan sneakers Adidas Samba OG, yang harganya tidak mencecah ribuan ringgit pun.
Dicipta pada tahun 1950, Adidas Samba antara koleksi yang meraih jualan tertinggi dan sneaker jenis itu dapat dilihat di beberapa rancangan popular misalnya di kaki Ashton Kutcher dalam sitkom That' 70s Show dan Mark Reyton (filem Danny Boyle, 1996).
Jadi, jom Gempak kongsikan perkara menarik tentang Adidas Samba OG SS23!

#1 Data tak menipu

Berdasarkan data dari Google Trends, permintaan terhadap Adidas Samba antara yang tertinggi sepanjang masa.

Di Amerika Syarikat, pencarian untuk sneaker jenis ini melonjak sebanyak 100% pada tahun 2022, pertama kali dan tertinggi sejak tahun 2004.
Selain di Amerika Syarikat, minat terhadap Adidas Samba meningkat seluruh dunia antaranya di United Kingdom, Jerman dan Croatia.

#2 Unisex & populariti

Fashion frontliners menjadikan sneakers Adidas Samba lebih popular! Bukan sahaja lelaki, sneaker jenis ini juga boleh digayakan oleh golongan wanita juga.

Justeru, peminat mereka pun nak nampak sama cantik, sama kacak dengan artis pujaan mereka!
Beberapa kolaborasi bersama pereka popular seperti Grace Wales Bonner menempatkan Adidas Samba di London Fashion Week pada tahun 2020.
Sejak itu, enam kali koleksi itu diulang pengeluaran dalam pelbagai versi dan warna.

A post shared by Wales Bonner (@walesbonner)

A post shared by emma chamberlain (@emmachamberlain)

A post shared by Bella ? (@bellahadid)

#3 Tak licin bila driving

Sneaker jenis ini adalah contoh terbaik kasut sporty yang sesuai untuk dijadikan kasut memandu. Dengan tapak getah yang kuat mencengkam dan nipis pada bahagian tepi, ia menjadi transisi menarik dari kasut di padang bola ke lantai kenderaan.

Tapak pada bahagian tengah pula selesa dipakai dan menyokong keseluruhan kasut, maknanya korang akan yakin bila menyarungnya!

#4 Harga yang sangat berbaloi

Koleksi SS23 Samba OG boleh didapati secara eksklusif untuk ahli adiClub dari 17 Mei 2023 dalam dua pilihan warna:

Core Black Upper / Core White Stripes / Gold Metallic
Core White Upper / Core Black Stripes / Gold Metallic
Harga SS23 Samba OG pula sekitar RM569.

#5 Semak pakaian yang boleh disuai padankan dengan sneaker Adidas Samba OG!

Sejarah Adidas Samba OG

- Ia dicipta pada tahun 1949

- Direka oleh pengasas jenama Adidas sendiri, Adi Dassler
- Koleksi klasik itu diulang pengeluaran dengan menggunakan kulit kangaru pada bahagian atas dan tapak kasut
- Bahan terbabit akan lebih mencengkam apabila berjalan pada permukaan yang licin, selalunya membolehkan atlit menggunakan sneker jenis ini untuk berlatih
- Pada tahun 1950, Piala Dunia FIFA di Brazil menjenamakan koleksi ini sebagai Samba (tarian tradisional Brazil) untuk memasarkan kepada pemain dan peminat bola sepak
- Pada tahun 90-an, pemain papan selaju pula meminati koleksi ini disebabkan ketahanan dan daya cengkam yang kuat
- Samba semakin dekat dengan dunia fesyen apabila berkolaborasi dengan beberapa jenama dan pereka popular antarabangsa seperti Wales Bonner, IRAK, Jonah Hill, Have A Good Time, Pharell dan ramai lagi.

#Gaya Hidup #Fesyen #Tips #Bella Hadid #Rihanna #OOTD #Bola #Kasut #Sejarah #Oh Abe Nik #Sneaker #Adi Dassler #Adidas Samba OG #Samba
;