Laman Utama
#OhAbeNik: Si Bulus Hilang, Ini Cara Panggil Semula Balik Rumah... #7 Tu Katanya Paling Berkesan!
Pencinta haiwan khususnya kucing pasti selalu berdepan dengan situasi yang mana si bulus kesayangan mereka hilang atau lari dari rumah.
Sama dengan Abe Nik, bukan sekali, tapi berkali-kali rasanya si bulus yang dibela tiba-tiba hilang. Ada antara kesnya dicuri sebab terlalu berkenan, namun ada juga yang sesat ketika keluar dari rumah.
Normal bagi seekor kucing untuk tidak senang duduk di dalam rumah dan sering memberontak untuk keluar. Antara sebab lainnya untuk mencari kucing betina, tertekan, persaingan dan sakit.
Malangnya, tak semua kucing rumah punyai kemahiran melindungi diri sepertimana kucing terbiar.
Ada yang sedang cedera dan terdedah bahaya kerana mereka tidak mengenali persekitaran dengan baik.
Namun, tahukah korang ada beberapa tips untuk 'memanggil' semula kucing kesayangan korang pulang ke rumah.
1. Segera mencari
Sebaik saja korang sedar bahawa kucing kesayangan korang hilang dari rumah, segera membuat pencarian di kawasan sekitar. Besar kemungkinan si bulus masih berada dalam radius yang kecil.
2. Bawa makanan kegemaran
Tak kisah mencari waktu siang atau malam, cuba bawa makanan kegemaran si bulus agar keluar dari tempat persembunyiannya.
Alternatif lain, korang boleh bawakan mainan kesukaan si bulus agar dapat menghilangkan rasa takutnya.
3. Panggil dengan suara lembut
Sepertimana korang pujuk kekasih hati korang, begitulah cara terbaik untuk berinteraksi dengan si bulus yang mungkin sedang merajuk.
Kucing yang sesat biasanya akan ketakutan dan mungkin tak mahu meninggalkan tempat persembunyiannya walau korang memanggil mereka.
Jadi, cuba panggil dengan nada yang lembut agar si bulus kurang takut.
4. Pasang telinga
Sentiasa peka dengan bunyi sekeliling korang ketika sedang mencari si bulus. Mungkin korang akan mendengar bunyi dari kucing korang yang sedang kelaparan, ketakutan atau tercedera.
Jangan bergerak terlalu pantas, mungkin kucing korang tidak sempat mendengar panggilan atau mencium bau tuannya.
5. Minta bantuan jiran
Berkomunikasi juga dengan jiran tetangga korang atau kenalan baik untuk mendapatkan kerjasama sekiranya ada ternampak kucing korang.
Jadi, skop pencarian itu menjadi lebih luas dan melibatkan banyak pihak. Lebih ramai juga yang akan alert dengan kehilangan kucing korang.
6. Cari di shelter
Jika berhari-hari masih belum temui, cuba cari di tempat perlindungan haiwan berhampiran dengan rumah korang.
Mungkin kucing korang dianggap kucing liar dan telah ditangkap untuk diletakkan di shelter.
7. Cara orang Jepun
Menurut rakyat Jepun, cara efektif untuk memanggil kucing pulang ke rumah adalah dengan berbicara dengan kucing di sekitar rumah korang.
Pesan kepada kucing-kucing lain 'sekiranya bertemu dengan kucing saya, tolong minta dia balik.'
Ramai yang memberitahu cara ini berhasil!
Tahukah anda si comel kesayangan anda juga boleh menikmati manfaat insurans seperti insurans manusia?
Menerusi Oyen Pet Insurance, anda bakal mendapat perlindungan yang pantas, tuntutan yang mudah dan nilai perlindungan tinggi.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran Oyen Pet Insurance https://www.oyen.my/campaign/astro. Setiap pembelian, anda akan dapat hadiah istimewa pouch Oyen.
Polisi Insurans Haiwan Peliharaan Oyen ditaja jamin oleh MSIG Insurance (Malaysia) Bhd. Polisi terma dan syarat diaplikasikan.