Laman Utama

#OhAbeNik: Tak Peduli Sejuk, Ini 5 Gaya Daring Mariah Carey Bergaun Seksi Di Tengah Ribut Salji

Amri Hassan
06/01/2022
15:20 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Tak Peduli Sejuk, Ini 5 Gaya Daring Mariah Carey Bergaun Seksi Di Tengah Ribut Salji
Sinonim dengan gaun body hugging, diva tersohor Hollywood Mariah Carey sekali lagi mencuri perhatian di media sosial baru-baru ini.
Tak pedulikan keadaan sekeliling yang ketika ini masih musim dingin, Mariah tetap bergaya sakan dengan gaun-gaun seksi di kawasan peranginan yang diliputi salji tebal.
Malah, salah satu gaun hitam yang dipakainya mencuit perhatian umum apabila pelantun lagu My All itu sanggup berendam dalam kolam berisi air paras peha.
Tulis seorang pengguna Twitter, Mariah seakan-akan tidak hiraukan biarpun ketika musim sejuk asalkan dapat bergaya dengan gaun yang disukainya.
Tidak tunggu lama, sebaik sahaja ciapan itu viral, Mariah seraya membalas; "Fakta." Difahamkan gaun berwarna keemasan yang dilengkapi dengan mantel putih itu merupakan rekaan pereka fesyen terkenal, Dolce & Gabbana. Lebih unik, busana itu dipadankan juga dengan cermin mata oversize, rantai dan anting-anting.
Dalam potret yang dirakamkan oleh jurugambar Robert Ector di Aspen, Colorado, Amerika Syarikat itu, Mariah juga mengenakan sepersalinan gaun merah membelah dada dari pereka yang sama.
Manakala, dres hitam yang digayakan ketika ribut salji sambil berendam dalam kolam pula merupakan gaun rekaan Louis Vuitton.
Memang diva!
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024