Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

#OhAbeNik: Toksiknya! Orang Sibuk Sokong Atlet, Masih Ada Duk Kalut Kritik Outfit Seksi

Amri Hassan 31/07/2021 | 11:45 MYT
Setiap kali berlangsungnya temasya sukan pasti akan ada pengguna media sosial berfikiran toksik, feminis dan seksis!
Bukan nak menyokong tapi lebih kepada berkicau di media sosial mengkritik penampilan atau pakaian atlet yang sedang berhempas-pulas berjuang demi negara.
Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi antara yang sering menjadi mangsa kecaman netizen, mempersoalkan perihal pakaian leotard untuk sukan gimnastik. Kata mereka mencolok mata dan tak bersesuaian dengan imej wanita muslim.
"Empty cans make the most noise," benar seperti kata Farah Ann sebelum ini, ia ringkas tapi benar-benar bermakna!
Namun, ia tidak pun mampu menutup mulut netizen untuk terus menulis komen-komen lucah apabila Farah Ann kembali mencuri tumpuan di Olimpik Tokyo baru-baru ini.
BACA: Selepas 20 Tahun, Farah Ann Jadi Gimnas Wanita Malaysia Pertama Ke Sukan Olimpik
BACA: "Cantik & Lembutnya Suara Dia" - Senyuman Manis & Personaliti Farah Ann Jadi Perhatian
Patutnya supportlah bukan kecam!
Senario itu menarik perhatian Sayap Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) yang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan seksis terhadap atlet itu.
"Tidak ada wanita yang harus dihina dan ditekan seperti apa yang dilakukan oleh pengguna dalam talian dan dilakukan terhadap Farah Ann.
"Dia kibarkan bendera kita Malaysia di platform antarabangsa. Sepatutnya kita berada di belakangnya untuk memberikan sokongan agar membawa pulang pingat Olimpik berharga yang sudah lama kita idamkan," kata NGO itu kepada MalaysiaKini.
Farah Ann pada tahun 2015 yang memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura turut menerima kecaman sama.
Skuad Bola Tampar Norway kena denda
Lain pula yang berlaku kepada skuad bola tampar pantai Norway yang dikenakan denda AS$1,700 hanya kerana enggan memakai celana bikini sebaliknya berseluar pendek untuk satu perlawanan di Bulgaria.
Pendirian pasukan itu membantah peraturan yang terlalu seksis mengenai uniform sukan itu mendapat perhatian penyanyi popular Pink yang menawarkan diri untuk membayarkan denda tersebut.
"Persekutuan bola baling Eropah yang sepatutnya didenda kerana seksis," tegas Pink!
Malah, bintang legenda tenis, Billie Jean King turut bersuara mengenai isu itu dan menyatakan peraturan sebegitu perlu dihentikan dan tidak adil buat wanita.
"Lelaki boleh pakai seluar pendek, wanita pula kena denda kerana pakai seluar pendek berbanding bikini. Diskriminasi seksual terhadap atlet wanita perlu dihentikan," tambahnya.
Memang payah untuk puaskan hati orang ramai. Dua senario itu menggambarkan betapa toksiknya pemikiran segelintir individu yang hanya pentingkan diri untuk puaskan ideologi masing-masing.
Itu salah, ini salah, jadi apa yang betul?
Bagi Abe Nik lebih baik tundukkan pandangan kalau tak dapat kawal nafsu ketika menonton acara sukan! Tak pun tukar je siaran televisyen tu...
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen, isu semasa dan kemahiran harian.
#Viral #Gaya Hidup #Sukan #Seksi #Farah Ann #Pink #Bola Tampar #Olimpik #Tokyo #PKP #Norway #OhAbeNik #Feminis #Seksis
;