UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
Viral

Ojen, Cik Epal Perkenal Kunafa Aiwahhh Versi Tekak Orang Melayu! - "Bukan Ambil Kesempatan Atas Kisah Rumah Tangga ..."

Amri Hassan 20/01/2025 | 04:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda Ojen Aiwahhh tampil dengan idea baharu memperkenalkan produk kudapan manis Kunafa Aiwahhh mengikut selera orang Melayu.
Ojen atau nama sebenarnya Mohd Ruzain Ahda Mohd Rosli, 29, memberitahu kunafa yang bermula dengan perisa asli di pasaran itu telah berevolusi dengan variasi sebanyak tujuh pilihan perisa lain termasuklah Red Velvet, Dark Indulgence, Lumut Cheese, Biscoff, Choc Oreo dan Hazelnut Nutella.
Terbaharu, produknya itu hadir dengan perisa kelapan iaitu Madu 3 berasaskan emping jagung yang dilancarkan secara kolaborasi bersama teman baiknya, Cik Epal.

BERITA TRENDING: Ojen Terkejut Lihat Cik Epal Menangis Lepas Jumpa Anak - “Bila Bertalu-Talu Dihentam Emosi, Hati Seorang Ibu…”

Menangguk di air keruh?

Ditanya mengenai kerjasama itu yang dilihat seperti menangguk di air keruh di atas kisah panas keretakan rumah tangga ‘bestie’nya, bekas penuntut bahasa Arab di Yaman itu tidak melatah.
“Kalau ada yang kata kerjasama ini cuba ambil kesempatan fasal cerita itu, saya kurang bersetuju. Mungkin ia hanya kebetulan. Apa yang saya boleh tekankan kerjasama ini lebih kepada menolong antara satu sama lain.
“Saya sendiri bersimpati dengan apa yang berlaku dalam kisah rumahtangganya. Cik Epal sendiri turut membantu menyebarluas jenama kunafa Aiwahhh.
“Sebagai sahabat, saya tak mahu hanya muncul pada waktu senang. Biarlah ketika susah juga. Dapat juga saya kongsi rezeki dengannya sekali gus dia boleh meneruskan survival kehidupan solo bersama anak. Dulu dia ada tangan untuk dipimpin (merujuk kepada suami), tapi kini sebagai ibu tunggal,” kata Ojen.

BERITA TRENDING: "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmah” - Cik Epal Positif Hadapi Dugaan Hidup, Mahu Kemelut Dengan Bekas Suami Selesai Segera

Tambah pelantun lagu Hubb itu lagi, idea kolaborasi sudah dirancang lama.
“Bukan tiba-tiba saja nak keluarkan perisa Madu 3 ini. Nak keluarkan mana-mana perisa baharu perlu ada R&D (penyelidikan dan pembangunan).
“Tambah pula saya tak pernah berkolaborasi dengan mana-mana artis atau pempengaruh. Jadi kenapa tidak saya tampilkan Cik Epal saja untuk kolaborasi sulung ini,” katanya

BERITA TRENDING: “Saya Nak Jaga Anak-Anak Tapi Dia…” - Cik Epal Luah Rasa Rindu, Sentiasa Doa Untuk Disatukan Dengan Han & Yuki

Madu 3 bukan gimik!

Tambah Ojen, pemilihan perisa Madu 3 juga bukan gimik dan tiada kaitan dengan tempias rumah tangga Cik Epal.
“Pemilihan nama perisa Madu 3 bukan suka-suka. Tapi sebab perisa ini menggunakan tiga jenis madu iaitu honeycomb, drizzle madu dan campuran emping jagung bersama madu. malah perisa ini juga ada tiga lapisan,” katanya.
Bercerita lanjut mengenai perniagaannya, Ojen tidak mempunyai kios atau cawangan kedai tertentu.
“Sebaliknya, saya dan pasukan kerja sendiri akan turun padang ke serata negeri untuk memenuhi hajat dan keinginan mereka yang ingin makan kunafa berkenaan.
“Lalu, apabila hanya ibu pejabat saja yang menjualnya, saya boleh fokus 100 peratus menjaga aspek kualiti dan kuantiti pengeluaran kunafa,” katanya.

"Ramai penjual tempatan cuba tiru konsep saya"

Disifatkan sebagai perintis usahawan kunafa dengan elemen tekak Melayu, Ojen berkata idea berniaga itu terlintas ketika belajar di Yaman.
“Empat tahun di Yaman dan Setahun di Egypt, Saya lihat kunafa menjadi makanan harian dan pencuci mulut kegemaran. Di tanah Arab lagi, saya sudah pasang niat, balik ke Malaysia memang kena jual kunafa.
“Lucunya, ada ramai penjual tempatan cuba meniru konsep saya. Termasuklah di kalangan penjual orang Arab. Saya lihat ramai yang mengambil inspirasi.
“Saya jadi bangga konsep ini diterima di kalangan masyarakat dan penjual kunafa. Lagipun saya tak mampu nak jual kepada lebih 33 juta rakyat di negara kita. Biarlah sama-sama cari rezeki. Syukur, Allah SWT sudah beri lebih rezeki lebih untuk saya,” katanya.
Ojen menambah untuk tahun lalu, dia sudah lengkap melakukan jerayawara seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
“Untuk tahun ini saya mahu berusaha untuk tembus pasaran Indonesia dan Brunei dengan melakukan jerayawara. Semua ini juga takkan terjadi tanpa sokongan dan sambutan luar biasa penggemar kunafa saya. Tanpa mereka, Kunafa Aiwahhh takkan jadi sehebat ini,” katanya.

Cik Epal yakin sama-sama mendonia

Sementara itu, Cik Epal atau nama sebenar, Nor Munirah Mahmud optimis dengan kolaborasi bersama Ojen.
“Secara jujurnya saya bukan jenis bekerjasama dengan sembarangan orang. Saya lebih selesa berkolaborasi dengan orang yang sudah dikenali. Macam Ojen memang kami sudah lama kenal. Dia pun jenis yang merendah diri, happy go lucky dan senang berurusan.
“Saya sendiri yakin 100 peratus dengan perniagaan kunafanya. Kunafa Aiwahhh antara ‘dessert’ yang sudah lama viral dan ‘mendonia’ ke hari ini. Tipulah lah kalau kata tak pernah nampak Kunafanya jadi ‘fyp’ di TikTok. Saya rasa dari dulu kalau buka gerai jualannya, memang penuh dibanjiri peminat kunafanya sampai satu Malaysia ada.
“Jadi waktu Ojen ajak berkolaborasi, memang saya teruja. Ditambah pula nak buat perisa Madu 3 ini, saya sendiri nampak yang ia akan meletup. Waktu kami buat R&D, terus saya bersetuju untuk sama-sama ‘mendonia’,” Kata Cik Epal.

BERITA TRENDING: “Sesiapa Yang Buat Kenyataan Menuduh Aku Buat Telegram Ini Adalah Fitnah” - Cik Epal

#Viral #Cik Epal #Kunafa #Ojen #Aiwahhh #Madu 3
;