Hiburan
Okay…Mumia Dah Boleh Tidur! - ‘Mengantuknya Mumia’ Dah Capai 12.7 Juta Tontotan
Tahniah kepada Digital Durian kerana lagu terbaru mereka Mengantuknya Durian kini telahpun ditonton lebih 12.7 juta kali di laman sosial YouTube.
Pencapaian membanggakan tersebut turut di kongsi di laman sosial Instagram (IG) Didi and Friends tiga hari lalu ketika mencatat 10 juta tontontan.
Namun menerusi tinjauan Gempak, jumlah tontonan bertambah lebih dua juta selepas pengumuman tersebut dilakukan.
Lagu terbaru dalam siri animasi Didi and Friends itu mula viral selepas dimuat naik pada 27 Oktober lalu.
Mengantuknya Mumia yang menjadi siulan kanak-kanak dan dewasa itu merupakan hasil ciptaan DJ Fuzz selaku penulis lirik dan Azqiquebeats sebagai pencipta lagu.
DJ Fuzz memilih hip hop untuk lagu Mengantuknya Mumia kerana genre ini mudah diterima pelbagai peringkat umur, sekaligus mensasarkan audien yang lebih luas.