,
Viral

Olimpik Paris 2024: Netizen Terharu, Ucap Terima Kasih Pada Aaron Chia & Soh Wooi Yik - “Bendera Malaysia Berkibar Jua Di Bumi Paris”

Mya Amri
05/08/2024
05:25 MYT
Usaha Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang tidak putus asa dan memberikan sehabis baik sehingga tamat perlawanan membuahkan hasil apabila beregu lelaki ini menyumbang pingat gangsa pertama negara di Olimpik Paris 2024.

Aksi mendebarkan

Tempoh 74 minit diperlukan oleh pemain hebat ini untuk menumpaskan Anders Rasmussen dan Kim Astrup, dalam aksi rubber set 16-21,22-20,21-19 di Porte de La Chapelle Arena yang berlangsung pada Ahad.

Walaupun berdepan dengan aksi mendebarkan pada set pertama yang memberikan kemenangan pada pasukan Denmark dengan mata 21-16 namun skuad negara kembali bangkit di pertengahan set.

Aksi bermula sengit apabila kedua-dua beregu terikat dengan 17-17 dalam penghujung set penentuan, namun Aaron dan Wooi Yik memberikan momentum terbaik sekaligus meraih kemenangan 21-19.
Dengan kemenangan itu, mereka berjaya menyumbang pingat gangsa pertama buat negara.

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Shooter Korea, Kim Yeji Digelar Kang Cheol Versi Wanita - “Swag! Teringat K-Drama W Two Worlds”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Tiada Rezeki Ke Final, Netizen Tetap Ucap Terima Kasih Pada Pearly Tan & M.Thinaah - “The Best So Far! Game Mantap, Fight Sampai Habis”

ARTIKEL BERKAITAN:Pertarungan ‘Gila’, Lee Chong Wei Anggap Aaron Chia & Soh Wooi Yik Hero Negara - “Game Yang Patut Kalah Tapi Gandingan Lelaki Sejati Melaka-KL Ini…”

ARTIKEL BERKAITAN:Olimpik Paris 2024: Bawa Balik Gangsa Pertama Negara, Game Aaron-Wooi Yik Memang ‘Gila’

ARTIKEL BERKAITAN:"Anda Berdua Legenda" - Nicol David Titip Kata-Kata Semangat Buat Pearly-Thinaah

Terima kasih Aaron dan Wooi Yik

Sementara itu, media sosial di Malaysia kini dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan tahniah kepada Aaron dan Wooi Yik.

Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dan berbangga melihat aksi tangkas mereka berdua ketika berdepan pihak lawan selain meluahkan rasa bangga dapat membawa pulang pingat gangsa.

Terdahulu, Aaron dan Wooi Yik sebelum ini memenangi pingat gangsa dalam edisi Tokyo 2020.
Selain beregu lelaki, Pearly Tan dan M. Thinaah juga melakar sejarah apabila menjadi wakil negara pertama dalam beregu wanita melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.
Kali terakhir pasangan beregu wanita berjaya layak adalah pada saingan suku akhir ketika Vivian Hoo bersama Woo Khe Wei dalam edisi Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016.
Foto: Majlis Sukan Negara Malaysia
Related Topics
Must-Watch Video
Hiburan

Tular Video Luang Masa Bersama Fatima, Netizen Kagum Lihat Sifat Kebapaan Fattah Amin - “Kalau Nak Tahu Lelaki Yang…”

gempak
06/11/2024
05:25 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon Fattah Amin bersama anaknya, Nur Fatima Aisya berjaya mendapat perhatian netizen baru-baru ini.
Hiburan

Nyanyian Dikritik Netizen, Abby Abadi Tampil ‘Back Up’ Fazura - “Korang Maki Dapat Apa? Istighfar Banyak-Banyak”

gempak
06/11/2024
04:25 MYT
Pelakon Abby Abadi tampil mempertahankan penyanyi dan aktres, Nur Fazura yang menyanyikan lagu terbaharunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.
Drama

“Cliffhanger Episod 4 Tu Ahhhhh…Apa Akan Terjadi” - Penonton Tak Sabar Nak Tonton Next Episod Projek; Exit

gempak
05/11/2024
11:25 MYT
Bahagian 1 siri ‘Project; Exit’  yang merangkumi episod 1 hingga 4 telah bersiaran pada 1 November 2024 secara sekaligus menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti box, Astro GO dan sooka.
Hiburan

Sampaikan Lagu Bertahan Demi Cinta Secara Live, Netizen Terkedu - "Sedap Part Dia…”

gempak
05/11/2024
08:54 MYT
Fazura dipercayai hadir ke rancangan SEA Today News bagi mempromosikan lagu terbaharunya yang berjudul Bertahan Demi Cinta.
Hiburan

Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

gempak
05/11/2024
01:11 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Unitar