Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Sukan

Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah Izzati Tidak Berhasil Ke Suku Akhir Keirin

Gempak 07/08/2024 | 13:56 MYT
Pelumba wanita negara, Nurul Izzah Izzati Asri, tidak dapat meneruskan kemaraan ke suku akhir acara keirin Sukan Olimpik Paris 2024.

Ini selepas pelumba berusia 20 tahun itu menamatkan saringan pertama repechage pusingan pertama di tempat ketiga di Velodrom Nasional Perancis sebentar tadi.

Sebagai makluman, hanya dua pelumba terbaik setiap saringan repechage layak ke suku akhir.

Sumber - Stadium Astro

#Sukan Olimpik #Olimpik Paris 2024 #Atlet berbasikal #basikal negara #Nurul Izzah Izzati
;