Laman Utama
“Omicron Is No Joke”- Disahkan Covid-19, Azira Shafinaz Minta Close Contact Buat Ujian
Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz tidak menyangka mimpi ngeri paling buruk yang pernah dibayangkan sebelum ini terjadi juga apabila dia disahkan positif Covid-19.
Azira meminta maaf kepada pihak yang mempunyai kontak rapat dengannya kerana terpaksa melakukan ujian pengesahan virus berkenaan.
“Mimpi ngeri paling buruk yang saya pernah bayangkan terjadi hari ini. Ia amat berat untuk saya beritahu yang saya kini disahkan positif Covid-19.
“Saya minta maaf kepada semua yang telah menjadi kontak rapat. Tolong lakukan ujian Covid-19 secepat mungkin, Saya minta maaf dia atas ketidakselesaan ini,” katanya.
Azira memaklumkan berita duka itu di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan dia memuat naik ujian Antigen Rapid Test Kit (RTK Antigen) yang menunjukkan dua garis bermakna positif.
Kata Azira dia tidak menyangka virus Omicron begitu cepat menyerangnya selepas keputusan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) semalam menunjukkan negative.
“Insya-Allah saya akan kembali pulih tak lama lagi. Tolong doakan kesembuhan saya, buat masa ini masih ada penggambaran yang sedang berjalan dan terpaksa ditangguhkan kerana ini.
“Omicron ini bukan main-main. Kali pertama PCR keputusan pada mulanya negative semalam dan harini tiba-tiba positif pula.
“Saya harap semua kekal sihat dan selamat buat masa sekarang ini. Minum banyak air dan dapatkan segera dos penggalak. Tolong jaga diri,” ceritanya.
Entri berkenaan mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata mendoakan kesembuhannya.