Hiburan
“One Question, Is It Normal To Kiss Your Own Son-In-Law With Affection?” - Fathia Latiff
Pelakon kontroversi Fathia Latiff sekali lagi mencetuskan tanda tanya dalam kalangan netizen apabila berkongsi sebuah hantaran yang menyebut tentang hubungan yang tidak baik antara anak dan ibu.
BERITA TRENDING: “Saya Simpan Dendam Dekat 2 Orang Bodoh Tu” - Bergenang Air Mata Fathia Imbau Kisah Lama
Menerusi hantaran itu, Fathia berkata, sebagai seorang anak, amat sedih apabila seorang ibu cuba memecah belahkan adik-beradik dari kecil.
Selain itu, Fathia turut menyebut tentang kesanggupan seseorang menggunakan ilmu hiyam dan mempunyai niat untuk membunuh anak sendiri.
Menerusi ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang meminta agar dia diberi bantuan dan ada juga yang berharap agar Fathia berhenti daripada bercakap tentang hal yang tidak betul.
Menerusi hantaran berbeza, Fathia memuat naik sekeping foto bersama adiknya, Fasiha Latiff. Menerusi hantaran berkenaan, Fathia bertanya, adakah normal jika seseorang itu berkucup dengan menantu lelaki?