Viral
OOTD Neelofa Sepanjang KLFW2018, Mana Satu Paling Onz?
Biarpun Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW2018) sudah melabuhkan tirai namun gaya yang diperagakan pengacara MeleTOP, Neelofa masih menjadi bualan.
Neelofa hadir memberikan sokongan dalam beberapa sesi pertunjukan fesyen sempena acara tersebut.
Pada pertunjukan fesyen Fizi Woo 10 Ogos lalu, Neelofa menggayakan kombinasi Dior dari busana hingga aksesori.
Memilih koleksi Fall 2018, Neelofa memadankannya dengan Dior Saddle Bag dan aksesori J'adior Chocker in Palladium, J'adior Cotton Bracelets, J'adior Ring dan "Tresor de Tribale" Ring in Aged Gold-Tone Metal.
Manakala, pada pertunjukan fesyen The Melium Group, Neelofa mendapat perhatian ramai dengan gaya layering jaket labuh, dres dan turban warna nude senada.
Sementara itu, pada hari terakhir KLFW, Neelofa sekali lagi muncul dengan sepersalinan lengkap dari pereka antarabangsa Gucci.
Mengenakan Stretch Viscose Jacket, Tunic Top dan Bootcut Pant daripada koleksi Pre-Fall 2018, pelakon itu juga melengkapi gayanya dengan Web Straw Small Shoulder Bag.
Manor Ring, Manor Cocktail Ring dan Lisabel Ring dari Swarovski menyerlahkan lagi gayanya.
Antara ketiga-tiga pakaian yang diperagakan Neelofa pada KLFW baru-baru ini, yang mana satu menjadi kegemaran anda?
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @lofalookbook, @neelofa