Laman Utama

Opai Nafi Dihubungi JPJ, Jelas Nombor Plat Fancy Pakai Masa Kahwin - "Tak Guna Atas Jalan Pun"

Syafiqah Jalal
20/06/2023
01:42 MYT
Sponsor Banner
Opai Nafi Dihubungi JPJ, Jelas Nombor Plat Fancy Pakai Masa Kahwin - "Tak Guna Atas Jalan Pun"
Selepas kecoh didakwa nombor plat yang digunakan di kereta mewah McLare bukan nombor sebenar, suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang tampil bersuara untuk menjelaskannya.
Menerusi Instagram Story, Aliff atau lebih mesra disapa Opai berkata dia tidak menerima sebarang panggilan atau surat daripada Jbatan Pengankutan Jalan (JPJ) seperti yang didakwa sebelum ini.
Malah Opai jelaskan, dia tidak menggunakan nombor plat ‘QPA1’ itu sewaktu memandu kenderaan di atas jalan raya.
"JPJ tak ada panggil pun. Tak ada surat sampai. JPJ tak ada pun call (hubungi). Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan, ini penjelasan saya.
"Biasalah orang kahwin pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik letak nama sendiri. Tak pakai atas jalan pun. Kahwin pun hampir setengah tahun dah. Dah lama viral," katanya.
Dalam pada itu, Opai memohon agar netizen berhenti mengaitkan namanya lagi semata-mata mahu menumpang populariti. Sudah-sudahlah.
"Orang Malaysia dah bosan dengar cerita Opai.
"Saya tahu orang nak pakai nama saya sebab senang nak fyp. Sebab apa? Sebab memang kita bagus. Assalamualaikum," katanya mengakhirinya.
Terdahulu, JPJ mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
Sebelum ini, netizen mempersoalkan adakah kenderaan tersebut milik Opai memandangkan nombor plat yang tertera bukan berdaftar atas kenderaan terbabit malah ia berdaftar atas nama syarikat yang tiada kaitan dengan suami pelakon itu.
Minggu lalu selepas kecoh Opai hina kereta bukan supercar, Fatin kemudian dilihat memadam gambar suaminya di media sosial dan dalam masa yang sama memuat naik fotonya manis berhijab.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar