Laman Utama

Opick & Isteri Tinggal Berasingan Tapi Rumah Tangga Masih 'Aman'

Gempak
10/11/2023
12:45 MYT
Sponsor Banner
Opick & Isteri Tinggal Berasingan Tapi Rumah Tangga Masih 'Aman'
Penyanyi Opick, 49, menjelaskan hubungan dengan isterinya Bebi Silvana, 34, berada dalam keadaan baik selepas gembar-gembur sudah bercerai dan rujuk semula sebelum ini.

PILIHAN PEMBACA: Giliran Rumah Tangga Penyanyi Opick Didakwa Bergolak, Isteri Mohon Doa

Opick atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus berkata, mereka duduk berasingan, namun dia sentiasa pulang ke pangkuan isterinya itu.
"Baik-baik saja. Dia di Bandung, saya di Jakarta, kadang-kadang saya ke Bandung, tiada masalah. Aman," katanya pada sesi temubual maya Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi - Opick & Sakti Live In Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Terdahulu, Bebi akhirnya memaklumkan dia sudah rujuk semula dengan Opick pada Oktober lalu selepas dua kali melarikan diri dari rumah.
Menerusi pengakuan pernah dibuat, Bebi yang juga usahawan mengakui ada rasa bersalah apabila bercerita mengenai permasalahan rumah tangga mereka di media sosial.
Meskipun sering melarikan diri dari rumah, Bebi sebenarnya tidak pernah terfikir ingin bercerai dengan Opick.
Pasangan terbabit mendirikan rumah tangga pada Disember 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki.
Dalam pada itu, Opick bakal bergandingan dengan Sakti menerusi konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung pada Sabtu ini di Zepp KL.

BERITA TRENDING: Sifatkan Muzik Seperti Pisau, Bekas Gitaris SO7, Salman Kembali Bermuzik Lepas 17 Tahun Dalami...

Sumber: Harian Metro
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar