Laman Utama

“Oppa Cakap Melayu? Cair Weh” - Netizen Puji Han Byul Makin Fasih, Siap Minta Maaf Sebab...

Hanafis Haris
21/02/2022
03:30 MYT
Sponsor Banner
“Oppa Cakap Melayu? Cair Weh” - Netizen Puji Han Byul Makin Fasih, Siap Minta Maaf Sebab...

Juara Big Stage musim kedua Han Byul mencuri tumpuan ramai apabila dilihat semakin fasih berbahasa Malaysia.

Kehadiran Han Byul yang menjadi juri juara undangan dalam konsert Big Stage 2022, semalam itu ternyata membuatkan ramai kagum dan terkejut.

Biarpun tidak begitu lancar, namun usaha untuk memartabatkan penggunaan bahasa Malaysia mendapat pujian kebanyakan netizen.

Malah, ada juga yang ‘cair’ apabila melihat warga Korea pandai berbahasa Malaysia.

“Ini tahun kedua or ketiga Han Byul di Malaysia dan dia boleh cakap Melayu”.

“Saya kagum sebenarnya apabila Han Byul boleh cakap bahasa Malaysia”.

“Tak malu ke jadi Melayu asyik nak acah speaking sedangkan Han Byul try hard nak cakap Melayu? Dia respect dan sedar di Malaysia”.

“Oppa cakap Melayu? Oh my, cair weh,” tulis beberapa netizen di platform Twitter.

Dalam pada itu, netizen turut memuji sikap rendah diri Han Byul yang sanggup meminta maaf kerana mahu menukar bahasa ketika sesi penjurian.

“Han Byul say sorry bila dia nak cakap English, bagus betul”.

“Suka bila Han Byul siap minta maaf nak speaking”.

“Cair la bila Oppa minta maaf sebab nak speaking,” tulis sebahagian netizen lagi.

Untuk rekod, penyanyi Lia Aziz menjadi bintang Big Stage 2022 kedua yang tersingkir pada konsert minggu ketiga yang bersiaran secara langsung pada Ahad.

Lia mendapat markah sebanyak 55% gagal meneruskan perjuangan pada minggu keempat yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.

Lia Aziz yang menyanyikan lagu Kisah Hati nyanyian asal Datin Alyah gagal memuaskan hati juri.

BACA : Big Stage 2022: Gagal Tunjuk Something Special, Lia Aziz Tersingkir Minggu Ketiga

Related Topics
Must-Watch Video
Unitar