Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Orang Awam & Peminat Senaraikan Momen ‘Humble’ Ketika Berurusan Dengan Siti Nurhaliza, Ini Respons Tuan Empunya Badan

Umirah Halim 02/04/2024 | 07:00 MYT
Kecoh baru-baru ini di media sosial apabila ramai dalam kalangan warga maya berkongsi momen mereka sewaktu bertemu dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Menerusi hantaran-hantaran di platform X, rata-rata menyifatkan Siti sebagai selebriti yang tidak sombong, sentiasa merendah diri dan 'humble' dengan peminat.

Siti layan peminat spontan

Siti atau nama lengkapnya Siti Nurhaliza Taruddin, 45, ketika ditemui berkata, tindakannya itu dilakukan secara spontan dan sekadar ingin menggembirakan penggemarnya.
"Benda tu semua spontan sebab kadang-kadang saya buat benda tu nak mereka happy, saya tak meminta mereka untuk bercerita dengan orang.
"Tapi kalau mereka ini bercerita mungkin mereka nak kongsi pengalaman mereka bersama dengan saya, alhamdulillah saya rasa apa yang baik itu kalau yang baik kita ikut, kalau tak baik kita jangan ikut," kata Siti kepada Gempak.
Siti berkata demikian ketika ditemui di Bazar Cuckoo x Riuh #SamaSamaRaya di Sentul Depot pada Jumaat lalu.

Ajaran ibu bapa

Dalam pada itu, Siti bagaimanapun berkongsi bahawa keperibadiannya itu terhasil apabila dia berpegang teguh kepada ajaran ibu bapanya.
"Sebab saya rasa didikan ibu bapa saya dan bila kita rasa kita senang kita tengok balik kita masa susah.
"Sebenarnya isu Palestin ni memang banyak ajar saya, banyak buat saya jadi lebih ingat balik sebab bila kita rasa susah orang di sana lagi susah," tambah Siti.

Nikmat bersedekah

Sementara itu, Siti juga sempat mengingatkan kepada orang ramai tentang pentingnya bersedekah kepada orang yang memerlukan kerana nikmat memberi pertolongan kepada yang memerlukan sangat berharga.
"Saya nak ajak orang ramai jugak kalau boleh mulakan kalau tak pernah bersedekah, mulakan bersedekah sebab kehebatan sedekah itu memang hebat.
"Sebab kalau kita bersedekah, kita hulur kan je banyak atau sikit dan bila kita tengok muka dia happy kita pun rasa tak ada nikmat yang lebih baik kita boleh dapat selain tengok orang happy,” tambahnya lagi
Terdahulu, ramai pengguna X yang berkongsi pengalaman mereka ketika bertemu Siti seperti pernah diajak makan Nasi Goreng Ketam bersama, pernah dibelanja makan oleh Siti dan banyak lagi.

Berita Trending: Tak Sombong Layan Peminat, Netizen Senaraikan Momen Kerendahan Hati Siti Nurhaliza - "Sampai Sekarang Teringat Nasi Goreng Ketam Dia"

Berita Trending: Dituduh Tak Ikhlas Kenang Derita Anak-Anak Gaza, Ini Respon Siti Nurhaliza!
#Viral #peminat #Nurhaliza #Siti #humble #Orang Awam #Senarai #Berurusan
;