Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Orang Kata Kak Long Muka-Muka Tak Sesuai Dangdut” – Amelina Rindu Nak Buat Persembahan

Mya Amri 22/10/2021 | 07:32 MYT
Penyanyi dangdut, Amelina menyatakan rasa rindu untuk membuat persembahan di atas pentas.
Sebagai kenangan, Amelina berkongsi video pendek merakamkan dirinya sedang menyampaikan lagu berjudul Memori Daun Pisang dan Asyik sewaktu konsert pertama GegarVaganza musim kelima.
“2014... Selepas lebih 15 tahun kak long kembali! Ke industri walaupun agak payah untuk kak long.
“Menyesuaikan diri waktu-waktu sekarang, dengan cara zaman sekarang tapi kak long kena peka dengan sesuatu yang baru tetapi masih mempertahankan gaya, persembahan kak long dulu-dulu,” kongsinya.
Kata Amelina, ada yang menyatakan dirinya tidak sesuai untuk membawakan genre dangdut kerana wajahnya seakan-akan Chinese look.
“Dulu masa kak long jadi penyanyi orang kata kak long ni muka-muka anak cina tak sesuai dangdut lepas tu kak long kalau atas pentas memang tak gelek cuma goyang-goyang jer.
“By the way kak long sangat rindu dengan persembahan sebab kak long rindu nak menghiburkan korang semua.
“Bagi kak long kalau korang terhibur kak long rasa kak long dah cukup syukur, bermakna kak long BERJAYA untuk tambat hati korang. Cehwahhh,” coretnya.

A post shared by AMELINA AMIR (@amelinaamirsharipuddin)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya juga mengucapkan rasa rindu untuk melihat Amelina kembali beraksi.
“"You're Talented" bak kata Mico. Ahahaha. Kak Long memang the best. Ditunggu Kak Long dijemput buat show dekat mana-mana kaca tv. Kalau tak puas tengok kat tv kita akan repeat lagi tengok dekat YouTube kalau dah ada yang uploadkan,” komen @mmiqdad_miqail
“We want more. Kalau dengar orang kata "kak long tengah menyanyi dekat TV ni". Dengan pantasnya saya berlari-lari lalu tercegat depan TV,” tulis @nurinxxi
Untuk info, Amelina merupakan pemenang tempat keempat GV5 manakala juara pada musim berkenaan adalah Noryn Aziz.
#Amelina #Dangdut #GV5 #Gegar Vaganza 5 #Kak Long
;