Berita
“Orang Kata Untung Aku Muda Dah Rasa Ada Cucu...”- Enot Teruja Bakal Sambut Cucu Sulung
Pelakon Enot, 42, akui teruja untuk menyambut kelahiran cucu pertamanya yang dijangka dilahirkan dua bulan lagi.
Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah berkata, dia tidak menyangka dapat menimang cucu di usia yang agak muda.
“Dah besar perut kakak (anak). Lagi dua bulan sahaja nak bersalin dan dua bula jugalah aku bakal ada cucu.
“Dapat cucu pun kira rezeki, untung orang kata aku muda dah rasa ada cucu.
“Nanti cucu aku umur 20 tahun aku baru 62 tahun. Insya-Allah semoga Allah panjangkan umur aku..
“Apa-apa pun aku memang sangat teruja nak tunggu dia (cucu) keluar. Semoga Allah permudahkan segalanya,” katanya.
Enot berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut Enot memut naik foto anaknya, Andriana Balqis, 19, bersama ‘baby bump’.
Terdahulu, Andriana mendirikan rumah tangga dengan suaminya pada Mac 2019.
Selain Andriana, Enot yang pernah berkahwin sebanyak dua kali juga merupakan ibu tunggal kepada Ariana Qaseh Qistina yang kini berusia 13 tahun.