Laman Utama

“Orang Selalu Tanya, Betul Ke Tu Anak Bujang You? Habis Tu…” - Ozlynn Akui Untung Kahwin Awal, Anak Dewasa Ketika Usia Masih Muda

Izwan Isa
06/10/2022
05:50 MYT
Sponsor Banner
“Orang Selalu Tanya, Betul Ke Tu Anak Bujang You? Habis Tu…” - Ozlynn Akui Untung Kahwin Awal, Anak Dewasa Ketika Usia Masih Muda
Baru-baru ini, pelakon Ozlynn memuat naik beberapa keping gambar bersama anaknya, Ariq. Menerusi ruangan kapsyen di Instagram, Ozlynn menjelaskan yang ramai tidak menyangka Ariq kini telah dewasa.
“Orang selalu tanya, Ozlynn betul ke tu anak bujang you? Habis tu… tu lah untung kawin muda. Kahwin pun sebab abah dengan mak suruh kawin. Kalau tak, mau sekarang ni aku hohaaaa entah ke mana.
“Orang selalu tanya, best ke kahwin muda? Aku akan jawab hilanglah zaman muda nak berhuha dengan rakan sebaya. Tapi, kalau pasangan kita jenis memahami dan hebat ilmu agamanya, insya-Allah segalanya mudah. Maksud aku mudah bukan bererti tak ada ujian, tidak, pasti akan ada pasang surut.
“Yang bagusnya bila dapat suami berilmu ni, dia tahu jalankan tanggungjawab dia. Paling hebat bila kesabarannya diuji. Sampai sekarang diuji. Dan perangai aku masih macam dulu. Kadang sama naik dengan anak. Yang nampk berubah, pandai manage time, pandai cari duit, pandai masak. Yang lain-lain insya-Allah bakal menyusul,” katanya.
Dalam pada itu, Ozlynn turut berkongsi tentang perasaannya bila anak sudah mula mendewasa sungguhpun usianya masih belum mencecah angka 40-an.
“Paling best bila kita belum masuk angka 4, anak pun dah remaja. Bila berjalan dengan anak kita akan nampak sentiasa remaja ibarat kakak dengan adik-adik. Tapi ada juga yang tak best.
“Bila rasa dah cukup sebab anak-anak dah besar, encik suami pula order nak baby lagi. Eh dia ingat aku kilang baby ke apa? Tup-tup enam orang dah. Lepas ni kalau dia order lagi, memang aku luku kepala laki aku,” katanya.
Ozlynn turut menjelaskan yang dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya kini.
“Ini bahagian yang best sahaja aku story tau. Yang penat lelah tak cukup tidur anak tak sihat semua tak payah ceritalah sebab aku bersyukur sangat apa yang ada sekarag ni, kehidupan yang biasa-biasa.
“Apa pun aku tetap takkan lupa mendoakan kalian yang masih belum bertemu jodoh, semoga ditemukan jodoh yang baik-baik, yang mana belum punya cahaya mata, semoga Allah beri peluang untuk kalian merasa mengendong, melahirkan dan membesarkan zuriat sendiri.
“Yang mana memelihara anak angkat semoga kalian dilindungi Allah kerana sudi membesarkan dan berkongsi kasih dengan anak yang bukan dari rahim kalian. Family Hanania sentiasa ada doa untuk kalian,” tutup Ozlynn.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar