Hiburan
Orang Tak Kenal Siapa Danish Hakim, Netizen Minta Jangan Bitter - “Sebab Yang Popular Your Parent Not You,”
Anak kepada pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi, Mohamed Danish Hakim menyatakan rasa kurang senang apabila ada individu yang berjumpa dengannya dan memanggil dengan nama ibu bapanya.
Menurut anak sulung kepada Norman dan Abby dia berharap orang tidak lagi memanggilnya dengan panggilan anak Norman atau anak Abby sebaliknya panggil dia dengan nama yang sudah diberi kepadanya.
Menerusi tinjauan Gempak diruangan komen, ramai yang tidak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat oleh Danish itu.
Bagi mereka mengapa orang memanggilnya dengan nama ibu bapanya kerana mereka berdua adalah selebriti dan lebih dikenali berbanding Danish.
“Masalahnye tak smua org tahu nama awak sape. Yang orang tahu mak ayah awak je ?”
“Orang kenal parent you, kalau diorang kenal nama u of course they mention your name. come on boy,”
“ Itu menunjukkan awak tak terkenal dan bukan siapa-siapa. Jadi tiada siapa nak bercakap pasal awak. Tapi ibu bapa awak orang yang terkenal dan orang bercakap tentang mereka.
“Berlapang dada la adik. Ur parents keluar tv. Then we know them from tv. If u keluar tv just like them, we probably know ur name too,” kata netizen.
Namun ada juga yang menyatakan bahawa mereka memahami apa yang ingin disampaikan oleh Danish.
“Yang aku faham Danish cuba nak sampaikan dia taknak pun org kenal dia dengan nama tu " anak abby or anak norman " .
“Terasa di ejek nama mak ayah sendiri . Dia ada nama panggil je nama dia,” kata mereka.
Sekadar info, Norman dan Abby pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 dan telah dikurniakan tiga orang anak sebelum akhirnya bercerai pada 2008.
Norman kemudian berkahwin dengan pelakon Memey Suhaiza pada 2011 dan memiliki tiga anak, manakala Abby bertemu jodoh dengan suaminya, Muhammad Faizal Zakaria pada 2015.