Laman Utama
Organ Didermakan Keluarga Setelah Meninggal Dunia, Wanita Ini Berjaya Selamatkan Enam Nyawa
Seorang wanita berusia 37 tahun berjaya menyelamatkan enam individu walaupun telah meninggal dunia.
Dalam satu laporan China Press, pemergian seorang wanita yang dikenali sebagai Wu Bimei berjaya menyelamatkan enam nyawa setelah keluarga mendiang memilih untuk menderma organnya.
Menurut sumber, Bimei mula mengalami kepeningan dan muntah-muntah pada hujung Oktober lalu.
PILIHAN PEMBACA: Penumpang Lain Pertahan Pemandu Bas Tidak Bercumbu - “Memang Aniaya Orang La Tukang Rekod Ni”
Setelah pemeriksaan lanjut, Bimei didapati menghidap penyakit yang sangat jarang berlaku iaitu embolisme udara, keadaan di mana gelembung udara memasuki urat atau saluran darah yang menyebabkan ia tersumbat.
Malangnya, Bimei tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kerana tiada pengedaran darah dan oksigen di bahagian otak.
Susulan pemergiannya, doktor menyarankan agar keluarga mendiang untuk mendermakan organnya kerana ianya dalam keadaan baik.
Walau pada awalnya berasa ragu-ragu, kakak kepada Bimei, Wu Biyun akhirnya setuju setelah berfikir masak-masak.
“Saya terfikir tentang bagaimana menderma organ adik saya boleh membenarkan dia ‘hidup’ dalam cara lain dan saya bersetuju untuk melakukannya,” kata Biyun.
Walaupun pemergian Bimei sesuatu yang sangat mendukacitakan bagi keluarganya, namun organ-organ yang didermakan seperti sepasang kornea, sepasang buah pinggang dan hati berjaya menyelamatkan individu-individu yang memerlukan.